MESYUARAT UNIT PENGURUSAN MAKLUMAT JMG SABAH BIL 2/2021

MESYUARAT UNIT PENGURUSAN MAKLUMAT JMG SABAH BIL 2/2021

KOTA KINABALU, SABAH (17 FEBRUARI 2021): RABU, Unit Pengurusan Maklumat, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Sabah telah mengadakan Mesyuarat UPM Bil. 2/2021 secara online melalui Video Conference Icewarp8 di tempat masing-masing.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Ketua Unit Pengurusan Maklumat, En. Eddie Affandy bin Mohd. Yusslee dan setiausaha Pn. Suriani binti Ramlee. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh semua kakitangan Unit Pengurusan Maklumat.

Antara mereka yang hadir dalam VC ialah Pn. Lena Anggie (Pegawai Teknologi Maklumat), Pn. Normi Adok (Penolong Pegawai Teknologi Maklumat), Pn. Shuryanteh binti Mohd. Yassin (Penolong Juruukur), Pn. Besty Jenna Adim (Penolong Juruukur) dan En. Patrick Gindol (Pembantu Geosains 22). Manakala tidak dapat hadir dalam mesyuarat melalui online Pn. Margaret Stephen Mozimin (Penolong Juruukur) atas sebab tertentu.

Mesyuarat kali ini adalah bagi membincangkan program perancangan Unit Pengurusan Maklumat dan membincangkan berkaitan SKT semua kakitangan UPM JMG Sabah bagi tahun 2021. Mesyuarat berakhir sekitar pukul 11.00 pagi.

 

Sumber Foto : Pn. Besty Jenna Adim

Sumber Maklumat dan Sumber Penulisan : Penulis