BENGKEL E-PEROLEHAN BAHARU DI JMG SABAH

BENGKEL E-PEROLEHAN BAHARU DI JMG SABAH

KOTA KINABALU, SABAH (06 APRIL 2021): SELASA, Bahagian Latihan JMG Sabah telah menganjurkan Bengkel E-Perolehan yang baru selama tiga (3) hari bermula pada 06 April 2021 Hari Selasa sehingga 08 April 2021 Hari Khamis di Dewan Nephrite, tingkat 1, Blok Kinabalu, JMG Sabah.

Ceramah telah disampaikan oleh Encik Mohd. Eqram bin Zainudin dari ePerolehan Centre Negeri Sabah. Seramai empat belas (14) orang hadir secara bersemuka dan dua puluh satu (21) orang lagi melalui Video Confrence Aplikasi Google Meet di ruangan kerja masing-masing. Pada awalnya seramai tiga puluh satu (31) peserta dari kalangan kakitangan JMG Sabah telah dipilih bagi menyertai bengkel ini, namun ada penambahan dari kalangan kakitangan yang berminat untuk mempelajari ePerolehan ini.

Objektif bengkel ini adalah :

  1. Memastikan pegawai-pegawai yang menguruskan perolehan melaksanakan perolehan kerajaan selaras dengan peraturan perolehan semasa secara berintegriti dan berakauntalibiti.
  2. Menambahkan dan mengemaskini pengetahuan, kefahaman dan kesedaran (awareness) peserta dalam menguruskan perolehan kerajaan.
  3. Meningkatkan kemahiran peserta dalam pengurusan perolehan kerajaan.

 

Latihan secara hands on juga telah dilaksanakan agar peserta lebih memahami. Sebelum itu penceramah telah menyampaikan ceramah pengenalan kepada sistem e-Perolehan Kerajaan. Bermula dari tugasan dalam sebutharga seperti tugasan Urusetia Sebutharga, Setiausaha Sebutharga dan Pengerusi Sebutharga. P

Penceramah juga ada menekankan berkaitan dengan beberapa Jawatankuasa Penting dalam sebutharga. Antaranya adalah Jawatankuasa Pembuka, Jawatankuasa Teknikal dan Jawatankuasa Kewangan.

 

Sumber Foto dan Sumber Maklumat : Pn. Shuryanterh binti Mohd Yassin

Sumber Penulisan : Penulis