BENGKEL PELAKSANAAN KLASIFIKASI FAIL URUSAN AM DAN FUNGSIAN JABATAN

BENGKEL PELAKSANAAN KLASIFIKASI FAIL URUSAN AM DAN FUNGSIAN JABATAN

KOTA KINABALU (06-07 Februari 2023): Satu bengkel pelaksanaan klasifikasi urusan am dan fungsian jabatan telah diadakan khas untuk kakitangan JMG Sabah di pejabat JMG Sabah.    Bengkel ini diadakan di Bilik Mesyuarat Nephrite, Tingkat 1, Blok Kinabalu.  Bengkel ini bermula dari pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang.  Objektif bengkel ini dianjurkan agar para peserta terutamanya Pegawai Rekod Jabatan yang dilantik dapat melaksanakan klasifikasi fail urusan am dan fungsian jabatan bagi pra syarat pelaksanaan sistem DDMS 2.0.  Disamping itu, meningkatkan kawalan ke atas pengurusan rekod Sektor Awam secara lebih sistematik dan mencapai pendigitalan dokumen yang lebih efektif. 

Seramai 19 kakitangan telah dipilih menyertai bengkel tersebut.  Tenaga pengajar bagi bengkel ini adalah Puan Jamaliah binti Matrih serta Puan Noorliah binti Talasoi (Unit Pentadbiran dan Kewangan) dan Puan Lena Anggie (Unit Pengurusan Maklumat).  Peserta yang menyertai bengkel ini telah mempelajari kaedah pembukaan dan penutupan fail konvensional, pengenalan kepada pengurusan rekod (Pegawai Rekod Jabatan), pengenalan kod fail (diperakui Arkib Negara) dan peserta juga diberi peluang untuk membuat pembentangan senarai fail masing-masing sambil diperbetulkan oleh penceramah dan fasilitator.