Tapak Bekas Gunung Berapi di Bukit Tiger Tawau

Tapak Bekas Gunung Berapi di Bukit Tiger Tawau

BUKIT TIGER, TAWAU, SABAH ( 28 NOVEMBER 2017) ~ Pada 28 November 2017, Pengarah JMG Sabah bersama Ketua-ketua Unit dan Ketua-ketua Aktiviti membuat lawatan ke tapak bekas gunung berapi di Bukit Tiger Tawau, Sabah.

Kawasan tapak bekas gunung berapi ini merupakan tinggalan sejarah dan khazanah bumi. Para geologist ini mengambil peluang untuk membuat lawatan ke sini bersama Pengarah JMG Sabah. Ini merupakan salah satu kalender program ketua-ketua unit dan ketua-ketua aktiviti pada tahun ini. Melihat, menikmati dan mengkaji semula alam semulajadi merupakan salah satu tujuan program ini. Gambar kenangan turut dirakamkan. Belakang dari Kiri (En. Eddie KUPM, En. Goh dan En. Bailon. Depan dari kiri (En. Fredolin, Pn. Jenneth, En. Farid, Tn. Hj. Abdul Kadir, En. Mohd Yusop (Pengarah), Tn. Hj. Nurul Huda, En. Jaineh dan En. Khairun Nasir)