INOVASI JMG SABAH 2017

INOVASI JMG SABAH 2017

JMG SABAH, KOTA KINABALU : 30hb November 2017, satu sambutan Hari Inovasi peringkat JMG Sabah telah dibuat di JMG Sabah sendiri.

Sambutan Inovasi ini disambut bersekali dengan perhimpunan bulanan bagi bulan November iaitu bil 11/2017. Sambutan ini dibuat serentak kerana boleh menjimatkan kos dan mengikut saranan PM kita agar lebih berhati-hati dalam bajet jabatan. Sambutan ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Penerima APC bagi tahun 2016. Syabas AJK sambutan inovasi dapat menjalankan program sambutan ini dengan jayanya walaupun terdapat kekangan masa dan tugas bagi mereka.

Pada kali ini sambutan inovasi ada kelainan sedikit di mana En. Abdul Arif menggunakan dron untuk mengambil foto. Manakala aturcara majlis juga mendapat pujian daripada tuan Pengarah juga.

inovasi 2017

Gambar diambil melalui kamera dron yang diterbangkan oleh En. Abdul Arif

inovasi 20171

Aturcara ala-ala suratkhabar mini oleh Pn. Besty 

Nota : Kedua-dua ini merupakan inovasi JMG Sabah bagi tahun 2017

Sumbangan artikel daripada : Pn. Besty Jenna Adim