JMG SABAH MENERIMA PELAJAR INDUSTRI DALAM JULAI 2017

JMG SABAH MENERIMA PELAJAR INDUSTRI DALAM JULAI 2017

JULAI 3, 2017 (KOTA KINABALU) ~ Pada 3hb Julai 2017, JMG Sabah telah menerima seramai 15 orang pelajar latihan industri dari dua bidang yang berbeza. Seramai 7 orang pelajar latihan industri dari bidang Geologi telah ditempatkan di Unit Geosains dan Unit Sumber Mineral. Manakala seramai 8 orang pelajar latihan industri dari bidang Kimia telah ditempatkan di Unit Perkhidmatan  Makmal JMG Sabah.

Pelajar latihan industri bagi bidang geologi seramai 7 orang merupakan pelajar dari universiti yang sama iaitu UMS (Universiti Malaysia Sabah). Manakala pelajar latihan industri bagi bidang kimia seramai 8 orang merupakan pelajar universiti dari pelbagai universiti di Malaysia. 1 orang pelajar dari UMP (Universiti Malaysia Pahang), 4 pelajar dari UMT (Universiti Malaysia Terengganu), 2 pelajar dari UNIMAS (Universiti Malaysia Sarawak) dan 1 orang dari UKM (Universiti Kebangsaan Malaysia)

Setiap tahun JMG Sabah akan menerima beberapa orang pelajar dari pelbagai pengajian tinggi yang ingin membuat latihan industri di JMG Sabah. En. Eddie Affandy bin Mohd. Yusslee merupakan penyelia bagi pengambilan pelajar-pelajar latihan industri di JMG Sabah, namun demikian beliau tidak bergerak seorang, beliau dibantu oleh Pn. Margaret Stephen Mozimin.

Para pelajar akan diberikan taklimat terlebih dahulu sebelum memulakan latihan industri mereka di jabatan ini. Mereka diberikan pendedahan berkaitan dengan jabatan dan peranan jabatan.

LI

Para pelajar sedang mendengar taklimat ringkas berkaitan jabatan

LI1

En. Eddie selaku penyelia pelajar industri sedang memberikan taklimat

LI3

 

LI4

 

LI5