BERKUNJUNG KE BUMI KENYALANG DEMI MENINGKATKAN KEFAHAMAN DALAM EKSPLORASI ARANG BATU DAN CBM.

BERKUNJUNG KE BUMI KENYALANG DEMI MENINGKATKAN KEFAHAMAN DALAM EKSPLORASI ARANG BATU DAN CBM.

KUCHING, SARAWAK (25 - 26 OKTOBER 2018) : Bagi meningkatkan kefahaman dalam eksplorasi arang batu dan CBM dalam aspek analisa makmal agar pengetahuan seumpama lebih menyeluruh dan berkesan, seramai 6 orang kakitangan JMG Sabah telah berkunjung ke bumi kenyalang. Kakitangan JMG Sabah yang dimaksudkan adalah En. Webster Wong (ketua kumpulan), En. Fredolin James Javino (Alam Sekitar). En. Dee Dee Daulip (coal exploration), En. Mazuan B. Roslan (coal exploration), En. Aidil B. Arnolous (Mine section) dan En. Richard Clemen (coal exploration). 

Pada hari yang pertama, lawatan ke lombong arang batu Silantek(Lucky Power) telah dibuat. Perjalanan yang memakan masa lebih kurang 3 jam untuk sampai daripada pejabat JMG Sarawak. 

Pada hari yang kedua pula, taklimat makmal arang batu yang telah disampaikan oleh En. Azzudin Sebli. Selesai taklimat, lawatan telah dibuat ke makmal arang batu JMG Sarawak. Selepas lawatan ke makmal arang batu selesai, satu mesyuarat EnergyDat telah dibuat iaitu berkenaan dengan penyelarasan pangkalan data Energy Dat.

Lawatan yang telah berlangsung selama 2 hari banyak memberi manfaat bukan sahaja kepada kakitangan JMG Sabah malah kedua-dua pihak iaitu JMG Sarawak yang terlibat, dimana kedua-dua pihak saling bertukar-tukar idea dan pendapat berkenaan dengan eksplorasi arang batu dan juga CBM. 

IMG 20181029 WA0004

IMG 20181029 WA0003

IMG 20181029 WA0002