Lawatan Tapak Ke Loji Rawatan Air (LRA) Pulau Sebatik, Tawau

Lawatan Tapak Ke Loji Rawatan Air (LRA) Pulau Sebatik, Tawau

PULAU SEBATIK, TAWAU, SABAH (15 & 16 Mei 2018) Siri ketiga lawatan tapak ke Loji Rawatan Air (LRA) telah dilaksanakan. Lawatan ini adalah tinjauan/siasatan awal dalam Projek Majlis Sumber Air Negara (MSAN) – Loji Rawatan Air yang bermasalah. Lawatan ini diketuai oleh En. Mazrali bin Alway (Pegawai Geosains C44), En. Abdul Arif bin Tahar (Pembantu Geosains C22) dan En. Suhaimi bin Suman (Pemandu R11).

Satu sesi taklimat ringkas telah diberikan oleh En. Hairom b Hassan, Jurutera, Jabatan Bekalan Air Pulau Sebatik dan dibantu oleh Puan Norina bte Hamzah. Kakitangan JMG telah dibawa meninjau sekitar loji dan empangan mini. Tinjauan ini juga menjurus kepada tapak siasatan geofizik, tapak penggerudian, geologi dan lain-lain perkara berkaitan.

DSC 0747

 Taklimat ringkas disampaikan oleh En. Hairom b Hassan, Jurutera, Jabatan Bekalan Air Pulau Sebatik

 

IMG 4883

 Takimat kualiti air dan perihal LRA disampaikan oleh Puan Norina bte Hamzah (Makmal LRA)

DSC 0749

Pandangan Udara (Foto oleh Kettha-2012)

 

IMG 4892

 Empangan Mini LRA