LAWATAN TAPAK SIASATAN SURVEI SEISMIK UNTUK PROJEK LEMBANGAN KG. PIASAU, KOTA BELUD (KEDAMAIAN-TEMPASUK) BERSAMA KAKITANGAN UKM/UTP

LAWATAN TAPAK SIASATAN SURVEI SEISMIK UNTUK PROJEK LEMBANGAN KG. PIASAU, KOTA BELUD (KEDAMAIAN-TEMPASUK) BERSAMA KAKITANGAN UKM/UTP

KOTA BELUD, SABAH (06 MAC 2018) : SELASA, satu lawatan tapak ke Kg Piasau, Kota Belud telah dilaksanakan oleh Jabatan Mineral dan Geosains Sabah (JMG) bersama kakitangan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Teknologi Petronas (UTP) bagi membuat siasatan survey seismik untuk projek lembangan.

Mereka yang terlibat dalam lawatan tapak ini ialah En. Jaineh Lingi (Ketua Aktiviti Hidrogeologi), En. Mazrali bin Alway, Pn. Jenneth Cyril, En. Goh Khean Seong, En. John Inkangu dan En. Mohd. Azrol bin Mohd Hanaffi wakil dari JMG Sabah. Manakala wakil dari UKM ialah Dr. Syafina Roslan, dari UTP ialah En. Amin dan En. Jimmy Barukang JKKK Kg. Piasau.

piasau

piasau2

piasau3

piasau4