Majlis Bacaan Yaasin dan Tahlil

Badan Kebajikan dan Kakitangan Islam JMG Sabah (BKKI JMG Sabah) telah menganjurkan Majlis Bacaan Yaasin dan Tahlil pada Jumaat, 6 Rabiulawal 1434H bersamaan 18 Januari 2013. Tujuan majlis ini diadakan adalah dengan niat mendoakan kesejahteraan saudara-saudara kita yang telah meninggal dunia. Bertempat di Bilik Mesyuarat Nephite Jabatan, majlis dimulakan pada jam 2.30 petang. Bacaan Yassin diketuai oleh Hj. Kamil Kamarudin, Penolong Bendahari BKKI. Satu tazkirah ringkas disampaikan oleh Hj. Kamaruddan Abdullah, Pemangku Pengerusi BKKI sebelum majlis diakhiri dengan jamuan ringan. Majlis berakhir pada jam 3.30 petang.

Secara amnya program ini berjaya dilaksanana dengan jayanya. Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada mereka yang meluangkan masa untuk hadir dan tidak lupa juga kepada ahli-ahli jawatankuasa BKKI yang menganjur dan membantu pada majlis tersebut.

Semoga usaha dan program yang mulia ini mendapat keberkatan ALLAH S.W.T.