MAJLIS PERPISAHAN UNIT SUMBER MINERAL DENGAN EN. JONTIH

MAJLIS PERPISAHAN UNIT SUMBER MINERAL DENGAN EN. JONTIH

KOTA KINABALU, SABAH : 11hb Januari 2018 hari Khamis, satu majlis ringkas untuk meraihkan majlis perpisahan En. Jontih selaku Timbalan Pengarah JMG Sabah juga Ketua Unit Sumber Mineral.

Majlis ini diadakan secara ringkas sahaja antara pegawai dan pembantu di Unit Sumber Mineral. Mereka amat sedih akan kehilangan seorang ketua yang baik namun demi tugas perpisahan itu ada. En. Jontih akan bertukar ke JMG Selangor dan memegang jawatan sebagai Pengarah JMG Selangor kelak. Ini merupakan pertukaran En. Jontih yang kedua dari JMG Sabah. Sebelum ini beliau bertugas di JMG Sabah dan bertukar ke BPT Ipoh dan kembali ke JMG Sabah kini bertukar semula ke JMG Selangor demi tugas pada negara. Warga Unit Sumber Mineral dan seluruh warga JMG Sabah mengucapkan salam perpisahan dan mendoakan semoga En. Jontih terus maju jaya dan terus menjadi seorang ketua yang baik dengan kakitangannya. Selamat bertugas di tempat baru buat En. Jontih.

majlis boss jon1

Antara pegawai-pegawai JMG Sabah yang bertugas dibawah Unit Sumber Mineral