MESYUARAT BAGI MEMBINCANGKAN ISU-ISU PELAKSANAAN DAN PENGGUNAAN SISTEM ePEROLEHAN (eP) DI KEMENTERIAN/AGENSI

MESYUARAT BAGI MEMBINCANGKAN ISU-ISU PELAKSANAAN DAN PENGGUNAAN SISTEM ePEROLEHAN (eP) DI KEMENTERIAN/AGENSI

PUTRAJAYA (16 JANUARI 2020) :  Sistem ePerolehan (eP) telahpun dilancarkan pada 1 Januari 2018 dan dengan berkuatkuasanya Pekeliling Perbendaharaan 5.1 Perolehan Secara Elektronik, semua urusan perolehan bekalan dan perkhidmatan bukan perunding Kerajaan Persekutuan hendaklah dilaksanakan melalui Sistem eP sepenuhnya.  Sepanjang tempoh satu (1) tahun perlaksanaan Sistem eP, Kementerian Kewangan (MoF) telah menerima pelbagai maklumbalas positif dan komen penambahbaikan melalui pelbagai platform seperti semasa sesi turun padang, taklimat dan latihan, mesyuarat-mesyuarat (Ministry Task Force di Kementerian), Program Hari Terbuka Bahagian Perolehan Kerajaan dan aduan-aduan melalui saluran eAduan, emel dan sebagainya.  Sehubungan dengan itu, MoF telah mengambil inisiatif untuk menambahbaik Sistem eP sedia ada dengan melaksanakan pembangunan Sistem eP Fasa Dua  (2) yang telah bermula pada September 2018 yang melibatkan sebanyak 898 item dengan jangkaan selesai sepenuhnya pada tahun 2021.  Walau bagaimanapun, Mesyuarat Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2019 yang diadakan pada 17 Disember 2019 yang lalu telah memutuskan bahawa masih terdapat lagi keperluan untuk MoF mendapatkan input bagi penambahbaikan Sistem eP sedia ada daripada semua Kementerianl Agensi. 

Oleh itu, beberapa agensi kerajaan yang berkaitan telah dijemput menghadiri mesyuarat tersebut.  JMG Sabah sendiri telah menghantar wakil atau kakitangan yang terlibat secara langsung ke mesyuarat tersebut iaitu Encik Eddie Affandy bin Mohd. Yusslee (KUPM), Puan Normi Adok (PPTM) dan Puan Rizidah Majawal (PPT).  Mesyuarat telah dilaksanakan bertempat di Bahagian Belanjawan Negara Kementerian Kewangan Malaysia yang diPengerusi oleh YBhg. Dato' Zamzuri bin Abdul Aziz (Setiausaha Bahagian Perolehan Kerajaan).