MESYUARAT JAWATANKUASA PELAKSANAAN PROJEK RMK-11 BIL 1/2018

MESYUARAT JAWATANKUASA PELAKSANAAN PROJEK RMK-11 BIL 1/2018

KOTA KINABALU, SABAH (13 FEBRUARI 2018) SELASA : Jawatankuasa Pelaksanaan Projek RMK-11 Bil. 1/2018 telah bermesyuarat pada jam 2.30 petang di Bilik Mesyuarat Nephrite, Blok Kinabalu, JMG Sabah.

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Tn. Hj. Abdul Kadir bin Ahmad selaku Timbalan Pengarah JMG Sabah dan pengerusi kepada jawatankuasa ini. Antara pegawai JMG Sabah yang terlibat dalam jawatankuasa ini adalah En. Paulius Godwin (KUGS), KUSM, Dr. Frederick F. Tating, En. Morius Bantas, En. Bailon Golutin, En. Jaineh Lingi, En. Dee Dee @ Daulip Lakkui, En. Farid Zainudin, Pn. Jayawati Fanilla Sahih Montoi, En. Khairun Nasir bin Moktar, En. Cleafos Totu dan En. Mazrali bin Alway.

Atas kekangan tugas-tugas lain, ada beberapa orang pegawai tidak dapat hadir bersama pada mesyuarat kali ini. Mesyuarat ini dihadiri oleh Tn. Hj. Abdul Kadir bin Ahmad (Pengerusi/Timbalan Pengarah), Pn. Jenneth Cyril (Wakil KUSM), Dr. Frederick F. Tating, En. Bailon Golutin, En. Dee Dee @ Daulip Lakkui, En. Farid Zainudin, Pn. Jayawati Fanilla Sahih Montoi, En. Khairun Nasir bin Moktar, En. Cleafos Totu, En. Mazrali bin Alway dan turut hadir En. Mazuan bin Roslan.

Jawatankuasa ini bermesyuarat bagi membincangkan perjalanan status penulisan laporan teknikal bagi tahun 2017, isu-isu yang berbangkit dan perancangan projek bagi tahun 2018.

Sumber maklumat dan foto : Pn. Jayawati Fanilla Sahih Montoi