MESYUARAT PENYEDIAAN SPESIFIKASI DAN DOKUMEN TENDER STESEN PENANDA ARAS GEMPA BUMI (PAG) AKTIF BIL. 2/2019 DI SANDAKAN DAN LAWATAN TAPAK PAG LAHAD DATU, SABAH

MESYUARAT PENYEDIAAN SPESIFIKASI DAN DOKUMEN TENDER STESEN PENANDA ARAS GEMPA BUMI (PAG) AKTIF BIL. 2/2019 DI SANDAKAN DAN LAWATAN TAPAK PAG LAHAD DATU, SABAH

SANDAKAN – LAHAD DATU, SABAH (13 – 19 MEI 2019) : Jadual dimulakan pada 13 Mei 2019 yang mana pegawai dari BPT telah membuat lawatan kerja ke pejabat JMG Malaysia, Sabah bagi menyampaikan Taklimat dan Penyerahan Data Geofizik Projek Mineral Berlogam di Taritipan Kota Marudu dan Projek Lembangan di Kota Belud. Pada masa yang sama, pegawai dari cawangan PPO Ibupejabat juga turut membuat naziran projek Bilik Pemantauan Penanda Aras Gempa Bumi yang akan dilaksanakan pada tahun ini.

Jadual 14 - 16 Mei 2019: ajk telah ke Sandakan untuk menggadakan satu mesyuarat bertempat di Sandakan Hotel, Sandakan bagi membincangkan penyediaan spesifikasi dan dokumen tender yang akan dilaksanakan sepertimana mengikut perancangan kelak. Mesyuarat dipengerusikan oleh Dr. Frederick Francis Tating (JMG Sabah) dan ahli-ahli yang hadir adalah En. Ahmad Zulkifli bin Kamaruzaman dan En. Mohd Safid bin Saad (BPT), En. Abdul Rahim bin Harun dan En. Mazlan bin Mohd Zain (Ibu Pejabat) serta ahli-ahli lain dari JMG Sabah iaitu En. Bailon Golutin, En. Eddie Affandy bin Mohd Yusslee dan Pn. Lena Anggie serta mesyuarat dibantu oleh Pn. Besty Jenny Adim (urusetia JMG Sabah) dan En. Dharmin bin Muaiyad (Pemandu).

Jadual 17 – 19 Mei 2019: ajk bertolak ke Lahad Datu untuk membuat lawatan tapak (MT & PAG). Ajk telah dibantu oleh kakitangan iaitu En. Awang Besar bin Hj. Kula (Penolong Pegawai Geosains), En. Ramlee bin Kalaham (Pembantu Geosains) dan En. Fiqria Haziq Ahyai Abdullah (Pemandu) yang sedang menjalankan kerja luar di Lahad Datu.

pic 1

pic 2