PERAKUAN PELUPUSAN ASET ICT OLEH PEGAWAI ICT DARI MAMPU SABAH

PERAKUAN PELUPUSAN ASET ICT OLEH PEGAWAI ICT DARI MAMPU SABAH

KOTA KINABALU, SABAH (31 MAC 2021): RABU, Jawatankuasa Aset Alih JMG Sabah telah membuat perakuan pelupusan aset ICT pada hari ini. Perakuan pelupusan ini diselia oleh Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, Puan Normi Adok. Turut serta memeriksa aset ICT JMG Sabah adalah Pegawai ICT sendiri Puan Lena.

JMG Sabah telah menjemput seorang pegawai ICT dari Mampu Sabah untuk membuat 33 Perakuan Pelupusan (PEP) KEWPA-16 bagi peralatan ICT yang telah dicadangkan lupus bagi tahun 2021. Pegawai tersebut adalah Puan Jurianah binti Abdul Rahim dari Unit ICT di Mampu Sabah.

Objektif pelupusan ini adalah agar mengikut terma dan syarat pelupusan peralatan aset kerajaan dan wajib diperiksa sebelum semua aset tersebut dilupuskan. Ini juga mengelakkan lambakkan peralatan aset ICT yang tidak digunakan sudah untuk dilupuskan ke tempat yang bersesuaian.

 

Sumber Foto : En. Patrick Gindol

Sumber Maklumat : Pn. Normi Adok

Sumber Penulisan : Penulis