PERBINCANGAN SIASATAN SEISMIK UNTUK PROJEK PENILAIAN RIZAB AIR TANAH DI KOTA BELUD, SABAH

PERBINCANGAN SIASATAN SEISMIK UNTUK PROJEK PENILAIAN RIZAB AIR TANAH DI KOTA BELUD, SABAH

KOTA KINABALU, SABAH (05 MAC 2018) : RABU, Satu perbincangan telah diadakan di Bilik Mesyuarat Magnitite, Tingkat 3, Blok Jesselton, JMG Sabah. Perbincangan tersebut berkaitan dengan siasatan seismik untuk projek penilaian rizab air tanah di Kota Belud, Sabah.

Perbincangan ini bertujuan bagi membincangkan prosedur dan kaedah-kaedah yang perlu dipatuhi serta menilai cadangan tapak siasatan seismik di daerah Kota Belud, Sabah. Perbincangan ini diketuai oleh En. Jaineh Lingi dan antara mereka yang hadir adalah Pn. Jenneth Cyril (Ketua Pegawai Geosains Kanan), En. Goh Khean Seong (Pegawai Geosains), En. Khairuddin Chin (Consultant/Shotfirer), Dr. Syafina Roslan (UKM) dan En. Amin (UTP). Dalam perbincangan ini juga telah diputuskan bahawa satu lawatan lapangan ke daerah Kota Belud, Sabah akan dijalankan pada 06 Mac 2018 bersamaan hari Selasa.

Sumber foto dan maklumat : En. Jaineh Lingi