PERHIMPUNAN BIL.2/2018 JMG SABAH

PERHIMPUNAN BIL.2/2018 JMG SABAH

KOTA KINABALU, SABAH (28 FEBRUARI 2018) : RABU, Perhimpunan Bulanan Bil.2/2018 Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Sabah telah berjaya disempurnakan pada hari ini bertempat di Dewan Nephrite, Blok Kinabalu. Perhimpunan kali ini telah dianjurkan dengan jayanya oleh Unit Perkhidmatan Makmal.

Seperti biasa majlis telah dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh En. Ruddey Bin John Michael. Kemudian empat buah lagu rasmi iaitu Negaraku, Sabah Tanah Airku, Perkhidmatan Awam dan Kami Warga JMG dinyanyikan dengan penuh semangat. Majlis diteruskan dengan pengucapan awam oleh Pn. Mulia Binti Pog. Seterusnya En. Khairun Nasir Bin Moktar pula menyampaikan taklimat Keselamatan Perlindungan Pejabat yang berkaitan dengan keselamatan kebakaran dan juga keselamatan akses.

Majlis seterusnya menyaksikan perutusan Pengarah yang disampaikan oleh Timbalan Pengarah JMG Sabah, Tn. Haji Abdul Kadir bin Ahmad. Antara perkara yang disampaikan adalah mengenai kenaikan pangkat pegawai iaitu En. Fredolin Javino dan En. Daulip @ Dee Dee Lakkui dari Pegawai Geosains Gred C44 ke Gred C48 secara Khas Untuk Penyandang (KUP) bermula pada 12 Februari 2018 yang lepas. Manakala En. Webster Wong Vui Chung pula telah di arah bertukar dari BPT Ipoh dan ditempatkan di Aktiviti Mineral Berlogam, Unit Sumber Mineral bermula 19 Februari 2018.

Tahniah juga diucapkan kepada kakitangan JMG Sabah yang telah diumumkan sebagai penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2017 iaitu Tn. Haji Abdul Kadir Bin Ahmad, En. Arthur Clement Makulim, Pn. Jayawati Fanila Sahih Binti Montoi, Pn. Vianni Vincent, En. Suhaimie Bin Suman, Pn. Shuryanteh Binti Mohd Yassin dan En. Herorisan Bin Paruka. Semoga mereka terus berkhidmat penuh cemerlang dalam menaikkan nama JMG Sabah.

Perkara-perkara lain yang telah disentuh dalam perutusan pengarah termasuklah keselamatan pejabat dan penghargaan kepada kakitangan yang terlibat menjayakan perasmian telaga tiub di Kota Belud pada 23 dan 27 Februari 2018. Seperti bulan lalu, kali ini tiba giliran kakitangan JMG Sabah yang dilahirkan dalam bulan Februari diraikan dengan dengan lagu selamat harijadi dan memotong kek.

PB2 2 resizePB2 3 resizePB2 4 resize