PERHIMPUNAN BULANAN BIL.12 DAN GOTONG ROYONG BIL 1/2014

PERHIMPUNAN BULANAN BIL.12 DAN GOTONG ROYONG BIL 1/2014

Pada 22 Disember 2014, Perhimpunan bulanan JMG (sabah) Bil 12/2014 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Nephrite dengan dihadiri oleh semua kakitangan JMG (Sabah).

Perhimpunan bulanan tersebut diadakan mengikut ketetapan berikut:

KANDUNGAN PERHIMPUNAN BULANAN JMG SABAH

A. Laporan Pentadbiran

B. Laporan Kewangan

C. Laporan Perkhidmatan

D. Laporan Projek Pembangunan

E. Perkara-perkara lain

Pada perhimpunan bulanan ini Tuan Pengarah telah mengumumkan pemangkuan Encik Morius Bantas sebagai Pegawai Geosains Gred C44 ke Gred C48 secara KUP mulai 02 Januari 2015. Jabatan mengucapkan setinggi tahniah kepada beliau.

pengarah

bio

TAKLIMAT PENGGUNAAN SISTEM KEHADIRAN BIOMETRIK OLEH EN. JEFFERY

pekerja

PENYAMPAIAN SIJUIL PEKERJA CONTOH KEPADA PN.AKRIMI MASUA

Pada tarikh tersebut juga telah diadakan aktiviti gotong royong perdana JMG(Sabah) yang mana objektif Majlis Gotong Royong Bil 01/2014 adalah untuk mewujudkan persekitaran kerja yang lebih bersih dan kondusif supaya dapat meningkatkan motivasi dan produktiviti.

Kawasan sasaran dalam Majlis Gotong Royong Bil 01/2014 adalah seperti berikut;

1.1 Kawasan sasaran 1(10.30am-12.30am) Kawasan ruangan pejabat masing-masing

1.2 Kawasan sasaran 2 (2.30pm-4.30pm) Pembersihan pokok pokok yang mengganggu pemandangan bahagian hadapan Blok Jesselton kakitangan di           JMG Sabah.

Secara keseluruhan, kehadiran kakitangan JMG Sabah pada tahun ini adalah amat baik. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kakitangan yang tidak dapat menghadiri majlis ini disebabkan oleh tugas-tugas rasmi, kursus atau mesyuarat yang perlu dihadiri.

Majlis Gotong Royong Bil 01/2014 JMG Sabah telah diakhiri dengan sesi jamuan makan yang telah diadakan di foyer Blok Jesselton. Secara keseluruhannya, setiap aturcara yang dirancangkan telah berjaya dilaksanakan dengan teratur dan mengikut perancangan.Hasil komitmen berterusan Ahli Jawatankuasa Keceriaan dan Keindahan JMG Sabah, sokongan mantap setiap kakitangan dan kerjasama pihak pengurusan, Majlis Gotong Royong Bil 01/2014 telah berjaya dilaksanakan dan mencapai matlamat yang ditetapkan. Diharapkan dengan adanya majlis seperti ini setiap tahun, ia dapat penyertaan kakitangan dalam kempen kebersihan dengan harapan ianya dapat memberi kesedaran terhadap pengwujudan alam sekitar yang bersih, indah dan ceria.

 

BBQ

JAMUAN SELEPAS AKTIVITI GOTONG ROYONG

 

FOYER

PEMBERSIHAN DI KAWASAN FOYER JMG (SABAH)

POTONG POKOK

PROSES PEMOTONGAN POKOK DI KAWASAN FOYER JMG (SABAH)