PERHIMPUNAN BULANAN BILANGAN 1 TAHUN 2020

PERHIMPUNAN BULANAN BILANGAN 1 TAHUN 2020

KOTA KINABALU (23 JANUARI 2020) :  Majlis perhimpunan bulanan pegawai dan kakitangan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Sabah telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama (Nephrite) yang dihadiri seramai 57 kakitangan terdiri dari kumpulan pelaksana dan pengurusan jabatan.  Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Encik Ebahrim bin Bedin dan diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Sabah Tanahairku.  Perutusan disampaikan sendiri oleh Tuan Pengarah JMG Sabah En. Paulius Godwin@Paulus.

Majlis diselitkan dengan sesi pengenalan pegawai lantikan baru iaitu Cik Fatimah Tuzaharah Binti Kamaludeen dan Encik Muhammad Haniff Bin Hamzah.  Turut memperkenalkan diri iaitu Pegawai Geosains, Encik Asman Bin Alias yang mana berpindah pejabat cawangan ke JMG Sabah.  Disamping itu, turut diberi kesempatan memperkenalkan diri adalah professor Dr. Nobert Simon yang menjalankan Latihan/Kajian beliau di JMG Sabah.  Majlis kali ini menarik perhatian warga JMG Sabah mengenai satu taklimat ringkas mengenai “Rasionalisasi Jabatan Ke Arah Penubuhan Lembaga Pembangunan Mineral Malaysia (LPMM) dan GeoMalaysia” yang disampaikan oleh Encik Eddie Affandy bin Mohd Yusslee yang mana antara initipati taklimat adalah pertimbangan dasar dalam cadangan penubuhan LPMM dan justifikasi penubuhan LPMM dan GeoMalaysia serta perancangan projek penubuhan ini kelak.

Sebelum majlis perhimpunan berakhir, majlis telah memberikan penghormatan terakhir untuk Tuan Pengarah yang bakal bersara pada masa terdekat ini.  Majlis persaraan beliau diserikan dengan montaj kehidupan beliau, ucapan daripada Presiden KEMG serta ucapan terbuka daripada warga JMG Sabah itu sendiri.  Jasa baik beliau dikenang melalui pelbagai cenderamata daripada kelab dan Unit serta Aktiviti di JMG Sabah.  Penyelaras majlis kali ini adalah dari Unit Pengurusan Maklumat.