PROGRAM HARI KELUARGA KEM-G JMG SABAH

PROGRAM HARI KELUARGA KEM-G JMG SABAH

TANJUNG ARU, KOTA KINABALU (03 DISEMBER 2022, SABTU): Kelab Kebajikan dan Rekreasi Mineral dan Geosains (KEM-G), JMG Sabah telah mengadakan Program Hari Keluarga yang bertujuan merapatkan hubungan silaturrahim diantara ahli-ahli dan keluarga kakitangan semua disamping dapat memupuk semangat permuafakatan dan kerjasama dalam diri semua peserta.  Program dimulakan seawal pukul 7.30 pagi dengan sarapan dan potluck yang dibawa oleh kakitangan sendiri.  Acara dirasmikan oleh Tuan Pengarah JMG Sabah iaitu Dr Frederick Francis Tating dan seterusnya ke aktiviti senamrobik.  Pelbagai acara dewasa dan kanak-kanak seperti permainan cari gula-gula dalam tepung, kerusi muzikal, passing gelang getah menggunakan straw, pancing tin, teka gambar, pingpong dalam sudu dan isi air dalam botol menggunakan span. 

Program kali ini telah dihadiri seramai 80 orang.  Tahniah kepada pemenang permainan dan kakitangan yang bertuah mendapat lucky draw yang telah disediakan.  Tuan Pengarah juga mengucapkan tahniah dan syabas kepada KEM-G, semua AJK penganjur dan semua kakitangan yang terlibat dengan penganjuran Hari Keluarga JMG 2022 dengan jayanya dan mantap.  Pihak AJK KEM-G juga ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih semua ahli yang hadir dan bersama-sama memeriahkan Hari Keluarga JMG Sabah Edisi 2022.  Pengerusi KEM-G iaitu Encik Redzuan bin Ahmad Banjar turut mengambil kesempatan menyusun sepuluh jari memohon maaf jika pihak AJK KEM-G ada kekurangan/kesilapan semasa menganjurkan acara tersebut.  Adalah diharapkan agar ikatan persahabatan dan kekeluargaan dikalangan ahli kelab dan ahli keluarga akan menjadi semakin erat.  Program diakhiri dengan jamuan makan tengahari dan semoga berjumpa lagi pada Hari Keluarga akan datang.