PROGRAM PEMANTAPAN AKRAB ZON MALAYSIA TIMUR, KEMENTERIAN AIR,TANAH DAN SUMBER ASLI

PROGRAM PEMANTAPAN AKRAB ZON MALAYSIA TIMUR, KEMENTERIAN AIR,TANAH DAN SUMBER ASLI

Kota Kinabalu, 7 - 9 Ogos 2019 : Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) telah mengadakan Program Pemantapan AKRAB Zon Malaysia Timur bertempat Bilik Seminar Terengganu, Aras 2, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Negeri Sabah.

Program ini diadakan adalah bagi memberi pemahaman yang lebih jelas kepada ahli AKRAB mengenai fungsi dan peranan mereka di Jabatan/Agensi masing-masing dan mewujudkan jalinan antara ahli AKRAB Jabatan/Agensi di bawah Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli di samping mengembangkan kemahiran bimbingan ahli AKRAB bagi membantu pelaksanaan pengurusan sumber manusia yang lebih pantas dan berkesan.

Jabatan/Agensi yang hadir adalah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), JUPEM, Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP) dan JMG Malaysia. Manakala, seramai 9 orang kakitangan JMG Sabah telah berkesempatan mengikuti kursus tersebut. JMG Sabah juga telah diberi kepercayaan untuk turut membantu sebagai urusetia program.

7hb 1

7hb 2

8hb 1

8hb 2

9hb