SUKAN KAROM KEMG JMG SABAH

SUKAN  KAROM KEMG JMG SABAH

KOTA KINABALU, SABAH ~ Pada 6hb Disember 2017 Kelab Kebajikan dan Rekreasi JMG Sabah telah mengadakan Sukan KemG. Dimana kakitangan JMG Sabah dibahagikan kepada 2 kumpulan yang diberi nama Kumpulan Emerald mewakili warna hijau diketuai oleh tuan Pengarah JMG Sabah sendiri En. Mohd. Yusop bin Ramli dan Kumpulan Ruby mewakili warna merah dan diketuai oleh En. Jontih Enggihon.

6hb Disember acara sukan dimulakan dengan sukan karom pada sebelah pagi. Acara sukan karom ini dianggotai oleh 6 orang daripada Emerald dan 6 orang lagi daripada Ruby. Sukan karom ini diselaraskan oleh Cik. Helviana Malaya. Manakala ketua pasukan Emerald ialah Pn. Rosita Tan, dan dianggotai oleh pemain-pemain Pn. Margaret Stephen Mozimin, Cik Helviana Malaya, En. John Ingkangu, En. Suhaimie Suman dan En. Ebahrim bin Bedin. Bagi pihak lawan iaitu Ruby pula diketuai oleh Pn. Cynthia Lim Li Chien serta dianggotai oleh Pn. Mary Chew, Pn. Mulia Pog, En. Malai Osman bin Malai Muhamad, En. Jasni bin Jaya dan En. Abdul Arif bin Tahar. Kejuaraan karom jatuh kepada kumpulan Emerald dengan mata 2 lawan 0 untuk Ruby. Syabas semua, #playforfun

carom2017

 

carom20171

 

carom20172

Perlawanan sukan karom kumpulan 1 antara Emerald dan Ruby.

Emerald diwakili oleh En. John Ingkangu dan Pn. Rosita Tan manakala Ruby diwakili oleh En. Jasni bin Jaya dan Pn. Mary Chew.