SYABAS BUAT EN. JAINEH KERANA DIPILIH MENGHADIRI KURSUS LUAR NEGARA

SYABAS BUAT EN. JAINEH KERANA DIPILIH MENGHADIRI KURSUS LUAR NEGARA

KOTA KINABALU, SABAH (19 JUN 2017) : ISNIN, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Sabah mengucapkan setinggi Tahniah dan Syabas buat En. Jaineh Lingi kerana berjaya mengikuti kursus luar negara di IS-Geo of KIGAM, Daejeon, Republic of Korea bermula pada 19 Jun 2017 sehingga 30 Jun 2017.

En. Jaineh Lingi, Pegawai Geosains C44 juga merupakan Ketua Aktiviti Hidrogeologi Unit Geosains JMG Sabah. Beliau berjaya menghadiri kursus sambil bekerja yang bertajuk "Regular Training Course on Groundwater Theory and Practices" di IS-Geo of KIGAM, Daejon, Republic of Korea selama 2 minggu. Harapan JMG Sabah agar beliau dapat menimba ilmu dan akan memberikan yang terbaik buat JMG Sabah kelak.