TAKLIMAT PROSEDUR PEMUSNAHAN REKOD KEWANGAN DAN PERAKAUNAN

TAKLIMAT PROSEDUR PEMUSNAHAN REKOD KEWANGAN DAN PERAKAUNAN

KOTA KINABALU, SABAH (15 MAC 2018) : KHAMIS, satu taklimat berkaitan Prosedur Pemusnahan Rekod Kewangan dan Perakaunan telah berlangsung di Bilik Mesyuarat, Aras 7, Jabatan Akauntan Negara Malaysia Cawangan Sabah, Wisma Persekutuan, Kota Kinabalu. Masa taklimat bermula sekitar jam 8.30 pagi dan berakhir jam 4.30 petang.

Taklimat ini merupakan anjuran Jabatan Akauntan Negara Malaysia Cawangan Sabah. Taklimat ini dihadiri daripada pelbagai agensi kerajaan persekutuan. JMG Sabah juga tidak ketinggalan dalam taklimat ini. Pn. K. Halimah binti Alis (Ketua Pembantu Tadbir) bersama Pn. Winnie Juakim (Pembantu Tadbir) turut hadir sama dalam taklimat ini.

Sumber maklumat dan foto : Pn. K. Halimah binti Alis

Taklimat K 1

Pn. KHalimah binti Alis, Pn. Winnie Juakim (JMG Sabah) dan En. Razali (Jabatan Akauntan Negara)

Taklimat K 2