EXIT CONFERENCE AUDIT KEMAMPANAN INDUSTRI PERLOMBONGAN DAN PENGKUARIAN NEGERI SARAWAK DI BAWAH PROJEK PENARAFAN INDUSTRI PERLOMBONGAN DAN PENGKUARIAN MENGGUNAKAN KAEDAH SUSTAINABLE DEVELOPMENT INDICATORS (SDI) 2022

EXIT CONFERENCE AUDIT KEMAMPANAN INDUSTRI PERLOMBONGAN DAN PENGKUARIAN NEGERI SARAWAK DI BAWAH PROJEK PENARAFAN INDUSTRI PERLOMBONGAN DAN PENGKUARIAN MENGGUNAKAN KAEDAH SUSTAINABLE DEVELOPMENT INDICATORS (SDI) 2022

Telah berlangsung Taklimat Exit Conference Audit Kemampanan Industri Perlombongan dan Pengkuarian Negeri Sarawak di Bawah Projek Penarafan Industri Perlombongan dan Pengkuarian Menggunakan Kaedah Sustainable Development Indicators (SDI) Bagi Tahun 2022 pada 13 Julai 2023, Khamis.

 

Dianjurkan oleh Unit Pembangunan Lombong dan Kuari (UPLK), JMG Sarawak, taklimat telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah Lombong dan Kuari (TPLK), Ir. Juna Azleen bin Abdul Ghani di pejabat JMG Sarawak, Kuching. Taklimat dihadiri oleh wakil daripada industri pelombongan dan pengkuarian di Sarawak yang telah diaudit pada tahun 2022. Majlis diakhiri dengan penyerahan Sijil Penarafan Bintang Kemampanan Industri Perlombongan dan Pengkuarian JMG Sarawak Tahun 2022 kepada pihak lombong dan kuari.

INTRODUCTION UNDERSTANDING THE PROCESS APPLICATION AND BENEFITS OF USING ESTAR DETONATOR IN MALAYSIA (3P's – PLANNING, PROCEDURE & PROCESS)

INTRODUCTION UNDERSTANDING THE PROCESS APPLICATION AND BENEFITS OF USING ESTAR DETONATOR IN MALAYSIA (3P's – PLANNING, PROCEDURE & PROCESS)

Telah berlangsung Taklimat Introduction Understanding the Process Application and Benefits of Using ESTAR Detonator in Malaysia (3P’s – Planning, Procedure & Process) oleh Austin Powder Malaysia Sdn. Bhd. pada 2 Februari 2023, Khamis, di pejabat JMG Sarawak, Kuching. Taklimat tersebut telah dihadiri oleh kakitangan Unit Pembangunan Lombong dan Kuari (UPLK), JMG Sarawak.

PROGRAM PENYEDIAAN DAN PENGAGIHAN BUBUR LAMBUK JMG SARAWAK 2023

PROGRAM PENYEDIAAN DAN PENGAGIHAN BUBUR LAMBUK JMG SARAWAK 2023
KUCHING, 05 APRIL 2023 - Badan Kebajikan Kakitangan Islam (BKKI) JMG Sarawak dengan kerjasama seluruh kakitangan JMG Sarawak telah mengadakan program Gotong-Royong Memasak Bubur Lambuk sempena bulan Ramadan al Mubarak. Program ini diadakan di Blok A, JMG Sarawak bermula jam 7.30 pagi yang bertujuan untuk mengeratkan silaturahim sesama kakitangan JMG Sarawak di samping mengisi aktiviti kerohanian dan amal kebajikan di bulan yang mulia ini. Bubur lambuk yang telah dimasak telah diagihkan kepada semua kakitangan JMG Sarawak dan juga masjid berdekatan. Program ini turut diserikan lagi dengan kehadiran Pengarah JMG Sarawak, En Roslan Rajali dan Pengerusi BKKI JMG Sarawak, En Ir Juna Azleen Abd Ghani yang turut mengagihkan bubur lambuk kepada semua hadirin. Diharapkan program ini dapat diteruskan lagi pada Ramadan akan datang bagi mengeratkan lagi jalinan perhubungan di kalangan warga JMG Sarawak seterusnya dengan masyarakat setempat.

PERHIMPUNAN BULAN MAC 2023 JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS SARAWAK

PERHIMPUNAN BULAN MAC 2023 JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS SARAWAK
KUCHING, 31 MAC 2023 - Jabatan Mineral dan Geosains Sarawak telah mengadakan Majlis Perhimpunan Bulanan di Bilik Mesyuarat Baiduri, JMG Sarawak. Majlis dimulakan tepat pada pukul 8.20 pagi dengan nyanyian lagu negaraku, lagu Sarawak Ibu Pertiwiku, lagu Perkhidmatan Awam dan disusuli dengan bacaan doa. Majlis pada kali ini telah dianjurkan oleh Unit Pentadbiran dan Kewangan diketuai oleh En Ahmad Fikri Nasuha. Agenda majlis diteruskan dengan ucapan perutusan oleh Pengarah JMG Sarawak iaitu Encik Roslan bin Rajali. Di dalam perutusannya, beliau telah mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan Al Mubarak kepada warga JMG Sarawak yang beragama islam. Seterusnya, Pengarah juga telah mengambil peluang untuk menerangkan mengenai garis panduan tatacara pengurusan stor dan juga panduan pengemaskinian harta di dalam sistem HRMIS. Kemudian, beliau meneruskan ucapan dengan menyentuh beberapa perkara seperti status kewangan pejabat, peringatan, makluman dan pelaporan aktiviti bulanan oleh setiap Unit/aktiviti di JMG Sarawak. Seterusnya, Pengarah telah mengumumkan pegawai senior yang baru ditukarkan ke JMG Sarawak iaitu En Edward Anak Muol yang dilantik sebagai Timbalan Pengarah Geosains JMG Sarawak. Selain itu, JMG Sarawak telah menerima seorang pelajar latihan industri iaitu, Cik Olivia Eva Anak Apeng, yang merupakan graduan geologi dari Universiti Malaysia Sabah (UMS). Selamat datang dan selamat maju jaya diucapkan kepada mereka berdua. Di samping itu, JMG Sarawak juga bakal kehilangan seorang kakitangan iaitu En. Howard Dean Anak Hardin yang telah meletak jawatan. Selamat maju jaya diucapkan kepada En Howard pada masa hadapan. Akhir sekali Pengarah telah mengumumkan nama penerima APC bagi tahun 2022 JMG Sarawak yang berjumlah 9 orang. Tahniah diucapkan dan mereka akan diraikan pada perhimpunan bulan hadapan.

PERHIMPUNAN BULAN DISEMBER 2022 JMG SARAWAK

PERHIMPUNAN BULAN DISEMBER 2022 JMG SARAWAK
KUCHING, 16 NOVEMBER 2022 - Jabatan Mineral dan Geosains Sarawak telah mengadakan Majlis Perhimpunan Bulanan di Bilik Mesyuarat Baiduri, JMG Sarawak. Majlis dimulakan tepat pada pukul 8.20 pagi dengan nyanyian lagu negaraku, lagu Sarawak Ibu Pertiwiku, lagu Perkhidmatan Awam dan disusuli dengan bacaan doa. Majlis pada kali ini telah dianjurkan oleh Unit Pentadbiran dan Kewangan.   Agenda majlis diteruskan dengan ucapan perutusan oleh Pengarah JMG Sarawak iaitu Encik Roslan bin Rajali. Di dalam perutusannya, beliau telah mengucapkan tahniah kepada YB Nik Nazmi bin Nik Ahmad dan YB Dato’ Sri Huang Tiong Sii di atas perlantikan sebagai Menteri dan Timbalan Menteri, Kementerian Sumber Asli, Tenaga dan Perubahan Iklim. Seterusnya, Pengarah telah menyentuh beberapa perkara seperti status kewangan pejabat, peringatan, makluman dan pelaporan aktiviti bulanan oleh setiap unit/ aktiviti di JMG Sarawak. Majlis diteruskan dengan majlis meraikan pegawai yang bakal bersara wajib iaitu En Charlie Davis Muding. Sekalung ucapan ribuan terima kasih buat En Charlie di atas perkhidmatan yang cemerlang ketika mentadbir Unit Kewangan di JMG Sarawak. Akhir sekali, majlis berakhir dengan sambutan ‘Selamat Hari Lahir’ buat kakitangan yang lahir pada bulan Oktober, November  dan Disember 2022.   Akhir sekali, Pengarah mengucapkan Selamat Hari Krismas dan Selamat Tahun Baru kepada semua kakitangan JMG Sarawak.