TAKLIMAT DAN PENERANGAN CRAIC COALPRO IIITM MICROSCOPE PHOTOMETER

TAKLIMAT DAN PENERANGAN CRAIC COALPRO IIITM MICROSCOPE PHOTOMETER

KUCHING, 16 Oktober 2018, Selasa – Aktiviti Sumber Arang Batu telah mengadakan taklimat dan penerangan berkaitan CRAIC CoalPro IIITM Microscope Photometer di Bilik Mesyuarat Baiduri JMG Sarawak. Taklimat telah disampaikan oleh Wakil Syarikat Borneo Indah Sdn Bhd. Pegawai-pegawai daripada Aktiviti Sumber Batu, Mineral Berlogam, Mineralogi dan Petrologi, dan Mineral Perindustrian termasuk wakil pegawai daripada JMG Sabah turut hadir ke taklimat ini.

Baca selanjutnya

TAKLIMAT EPEROLEHAN MODUL PEMBELIAN TERUS, MODUL SEBUTHARGA DAN MODUL PEMBEKAL

TAKLIMAT EPEROLEHAN MODUL PEMBELIAN TERUS, MODUL SEBUTHARGA DAN MODUL PEMBEKAL

KUCHING, 18 Oktober 2018, Jumaat – Taklimat ePerolehan dan Latihan Hands-on telah diadakan selama 2 hari iaitu pada 17 hingga 18 Oktober 2018 di Bilik Mesyuarat Baiduri JMG Sarawak. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh En. Enggong Aji, Pengarah JMG Sarawak. Dua orang penceramah telah dijemput daripada CommercedotCom, Kuching iaitu Puan Nurfarida Bte Abdillah, Pegawai Penyelaras ePerolehan Zon Kuching dan En. Mohamad Sharul Nizam bin Razali.

Taklimat Modul Pembelian Terus dihadiri oleh 39 pegawai Peminta daripada semua aktiviti manakala untuk Modul Sebutharga 40 pegawai yang terlibat dijemput.  Taklimat dimulakan dengan pengenalan kepada ePerolehan, peranan peminta dan tatacara atas talian membuat nota minta. Latihan Hands-on dilakukan menggunakan contoh permintaan perolehan bekalan/barang dan juga perkhidmatan yang berkaitan dengan permintaan lazim JMG Sarawak seperti bekalan kerja lapangan dan perkhidmatan yang bernilai kurang daripada RM20, 000.00.

Bagi modul Sebutharga pegawai didedahkan dengan jawatankuasa yang terlibat dan peranan setiap jawatankuasa. Setelah selesai taklimat, setiap jawatankuasa membuat latihan hands-on secara atas talian menyediakan sebutharga sebenar iaitu; Sebutharga Perkhidmatan Sewaan Kenderaan. Sebutharga disediakan sehingga ke peringkat pengiklanan sebutharga.

Seramai 18 syarikat/Pembekal juga telah dijemput untuk hadir ke Modul ePerolehan Pembekal. Taklimat modul ini merangkumi Pengenalan ePerolehan, peranan pembekal secara atas talian bagi Pembelian Terus dan Sebutharga sehingga ke peringkat Pembayaran.

Penutupan rasmi taklimat ini disempurnakan oleh En. Enggong Aji, Pengarah JMG Sarawak. Dalam ucapan penutupan beliau berharap agar semua yang terlibat para pegawai mahupun para pembekal memainkan peranan dengan penuh bertanggungjawab dan berintegriti agar proses perolehan terus dan sebutharga berjalan dengan lancar.

Pada akhir majlis, Pengarah menyampaikan cenderahati kepada kedua-dua penceramah sebagai tanda penghargaan atas pengetahun dan ilmu yang dikongsikan.  

1