MAJLIS PERASMIAN DAN PENYERAHAN SISTEM AIR GRAVITI BUKIT KPG. TELOK SERABANG, SEMATAN, LUNDU

MAIN PHOTO

JMG Sarawak telah mengadakan Majlis Perasmian Dan Penyerahan Sistem Air Graviti Bukit di Kampung Telok Serabang, Sematan pada 2 Mei 2016 bersempena Program Jabatan di Bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia. Majlis telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Wan Mazlan bin Wan Mahmood, Setiausaha Bahagian Mineral dan Geosains, Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar Malaysia.

Bersempena majlis perasmian tersebut, beberapa program lain telah diadakan bersama penduduk kampung sekitar Telok Serabang dan Telok Melano. Di antara program-program tersebut ialah Program Gotong-royong di Kampung Telok Melano pada pagi Ahad, 1 Mei 2016 dan pada sebelah malam 1 Mei 2016 diadakan pula Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil serta Program Budaya/Pertandingan Karaoke di Kampung Telok Serabang. Keesokannya diadakan acara kemuncak iaitu Majlis Perasmian dan Penyerahan Sistem Air Graviti Bukit Kampung Telok Serabang. Kesemua program yang diadakan mendapatkan sambutan sangat meriah daripada kedua-dua penduduk kampung.

Pada Majlis Perasmian dan Penyerahan Sistem Air Graviti Bukit Kpg. Telok Serabang, di antara tetamu – tetamu khas yang hadir ialah Yang Berbahagia Dato’ Wan Mazlan bin Wan Mahmood, Yang Berbahagia Tuan Haji Mior Sallehhuddin bin Mior Jadid, Ketua-Pengarah Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia, En. Nik Yusaimi bin Yusof, Setiausaha Bahagian Pentadbiran Dan Kewangan, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Malaysia, En. Enggong Aji, Timbalan Pengarah Sumber Mineral JMG Sarawak, Ketua-Ketua Jabatan dan Ketua-Ketua Kaum sekitar Kampung Telok Serabang. Kehadiran dua artis jemputan iaitu Yantzen Insan dan Sidi daripada kumpulan Data memeriahkan lagi majlis tersebut. Pada majlis perasmian, penyanyi Yantzen dan Sidi masing-masing menyanyikan lagu popular mereka dan kesempatan itu digunakan oleh mereka untuk beramah-mesra dengan penduduk tempatan.

Majlis Perasmian dan Penyerahan Sistem Air Graviti Bukit Kampung Telok Serabang juga telah mendapat liputan meluas media elektronik seperti Radio Television Malaysia (RTM) dan berita majlis perasmian dipaparkan pada Berita Wilayah jam 5:00 petang pada hari yang sama (2 Mei 2016).

123456789

10

11121314Pengangkutan