MAJLIS QURBAN

Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha pada 12 September 2016, Isnin yang lepas, Badan Kebajikan Kakitangan Islam JMG Sarawak mengadakan Majlis Qurban.

Pada majlis tersebut, sebanyak dua (2) ekor lembu telah ditumbangkan hasil sumbangan 14 orang ahli bagi tujuan sembelihan dan qurban. Proses sembelihan telah diadakan di Kota Semarahan, manakala proses melapah dan pembahagian daging diadakan di perkarangan tempat letak kereta jabatan. 

 Sebanyak tiga (3) lokasi golongan asnaf telah diketahui untuk tujuan agihan daging qurban iaitu Kampung Sinar Budi Baru, Kampung Bunga Rampai dan Kampung Jaya Bakti. Proses agihan daging qurban kepada golongan asnaf dilakukan sejurus selepas agihan daging kepada penyumbang qurban.

Semoga aktiviti ini diteruskan pada masa akan datang kerana ia mampu merapatkan silaturahim dikalangan ahli serta keluarga.