PERHIMPUNAN BULAN JULAI 2022 JMG SARAWAK DAN TAKLIMAT PENGENALAN KEPADA GEOLOGI WARISAN

PERHIMPUNAN BULAN JULAI 2022 JMG SARAWAK DAN TAKLIMAT PENGENALAN KEPADA GEOLOGI WARISAN KUCHING, 29 JULAI 2022 - Jabatan Mineral dan Geosains Sarawak telah menganjurkan Majlis Perhimpunan Bulanan secara bersemuka dengan mematuhi SOP sediada. Majlis dimulakan pada pukul 8.30 pagi dengan nyanyian lagu negaraku, lagu Sarawak Ibu Pertiwiku, lagu Perkhidmatan Awam dan disusuli dengan bacaan doa. Seperti kebiasaan, agenda majlis diteruskan dengan ucapan perutusan oleh Pengarah JMG Sarawak Encik Roslan @ Setebin bin Rajalli. Di dalam perutusannya, beliau telah menyentuh beberapa perkara seperti status kewangan pejabat, peringatan, makluman dan pelaporan aktiviti bulanan oleh setiap aktiviti/unit di JMG Sarawak. Beliau turut menekankan mengenai disiplin dan tanggungjawab setiap kakitangan di JMG Sarawak. Selain itu, beliau juga menyatakan penglibatan JMG Sarawak di dalam Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia yang bakal berlangsung di Sarawak pada bulan Ogos nanti. Seterusnya, ucapannya diteruskan dengan pengumuman kenaikan pangkat 10 orang staf sokongan JMG Sarawak yang telah diluluskan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam iaitu: 1. Puan Sibo binti Hassan ke N222. Encik Affendi bin Salleh ke N263. Encik Conder anak Gida ke C264. Encik Abang Nor Zandaria bin Abang Drahman ke C265. Encik Wan Razali bin Wan Akil ke C266. Encik Mohammad Nata bin Bihim ke C267. Encik Jonathan Judan anak Uaw ke C268. Encik Robet anak Ukin ke C269. Encik Unchu anak Meling ke C2610. Encik Imlan anak Ponit ke C26 Di samping itu, warga jabatan telah diperkenalkan dengan kehadiran dua orang pelajar latihan industri iaitu Cik Siti Razifah binti Majani dan Cik Shamira binti Zamjami. Majlis diteruskan dengan taklimat ringkas oleh En. Ashreen Ashraff bin Zukapli, yang bertajuk Pengenalan Kepada Geologi Warisan. Taklimat ini adalah berkisar kepada pengenalan bagaimana pencirian sesuatu geotapak yang berpotensi diangkat menjadi geopark. Akhir kata, tahniah diucapkan kepada kakitangan JMG Sarawak yang telah dinaikkan pangkat. Semoga ia akan memberi semangat untuk lebih maju pada masa hadapan.