PROGRAM PENYEDIAAN DAN PENGAGIHAN BUBUR LAMBUK JMG SARAWAK 2023

PROGRAM PENYEDIAAN DAN PENGAGIHAN BUBUR LAMBUK JMG SARAWAK 2023 KUCHING, 05 APRIL 2023 - Badan Kebajikan Kakitangan Islam (BKKI) JMG Sarawak dengan kerjasama seluruh kakitangan JMG Sarawak telah mengadakan program Gotong-Royong Memasak Bubur Lambuk sempena bulan Ramadan al Mubarak. Program ini diadakan di Blok A, JMG Sarawak bermula jam 7.30 pagi yang bertujuan untuk mengeratkan silaturahim sesama kakitangan JMG Sarawak di samping mengisi aktiviti kerohanian dan amal kebajikan di bulan yang mulia ini. Bubur lambuk yang telah dimasak telah diagihkan kepada semua kakitangan JMG Sarawak dan juga masjid berdekatan. Program ini turut diserikan lagi dengan kehadiran Pengarah JMG Sarawak, En Roslan Rajali dan Pengerusi BKKI JMG Sarawak, En Ir Juna Azleen Abd Ghani yang turut mengagihkan bubur lambuk kepada semua hadirin. Diharapkan program ini dapat diteruskan lagi pada Ramadan akan datang bagi mengeratkan lagi jalinan perhubungan di kalangan warga JMG Sarawak seterusnya dengan masyarakat setempat.