KURSUS PENGGUNAAN ELEKTRIK FUSION, XRFUSE 6

KURSUS PENGGUNAAN ELEKTRIK FUSION, XRFUSE 6

KUCHING, SARAWAK, 21 Februari 2019 -   Unit Perkhidmatan Makmal JMG Sarawak telah mengadakan Kursus Penggunaan XRFuse 6 Fusion Machine pada 13 hingga 14 Februari 2019. Kursus telah dikendalikan oleh wakil daripada RGS Sdn. Bhd, En. Loy Hao Chih.

Mesin elektrik Fusion digunakan untuk melakurkan sampel contohnya; bauksit, batu dan sebagainya kepada butang kaca atau cairan bagi tujuan analisis menggunakan X-Ray Flourescent, XRF atau Inductively Coupled Plasma Optical Emission Spectrophotometry, ICP-OES. Kursus ini melibatkan sesi teori yang berlangsung pada 13 Februari manakala sesi hands – on diadakan pada 14 Februari 2019. Pada masa yang sama, kakitangan didedahkan kepada sesi pemuliharaan platinum crucibles dan mould melalui kaedah polishing.

Para peserta yang terdiri daripada kakitangan makmal berpeluang untuk memahami dan mencuba menggunaan mesin elektrik fusion berkenaan. Sesi ini amat bermakna kerana ia berupaya meningkatkan pengetahuan dan membantu percambahan maklumat berkenaan penggunaan mesin elektrik fusion.

1

2

3