LAWATAN DAN TAKLIMAT SIRIM SST CAWANGAN SARAWAK

LAWATAN DAN TAKLIMAT SIRIM SST CAWANGAN SARAWAK

KUCHING, 28 Februari 2018, Rabu – Seramai tiga orang pegawai Standard and Industrial Research Institute of Malaysia (SIRIM) SST Cawangan Sarawak yang diketuai oleh Encik Sharizan M. Sahmoni telah mengadakan lawatan ke Unit Perkhidmatan Makmal JMG Malaysia Sarawak. Encik Segar A/L Velayutham, selaku Ketua Unit dan pegawa-pegawai Unit Perkhidmatan Makmal telah menyambut kunjungan mereka ke JMG Malaysia Sarawak. 

Selain melawat makmal, mereka juga telah memberi taklimat bertujuan untuk mewar-warkan perkhidmatan dan pengalaman SIRIM SST Cawangan Sarawak dalam pelbagai bidang saintifik dan makmal terutamanya perkhidmatan pengukuran dan kalibrasi sejak 2001. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Encik Steven anak Harry dan dihadiri oleh semua pegawai Unit Perkhidmatan Makmal JMG Malaysia Sarawak.

Semoga kunjungan serta taklimat ini dapat memberi skop tambahan serta pilihan kepada Unit Perkhidmatan Makmal JMG Malaysia Sarawak dalam penyediaan perkhidmatan berdasarkan perkongsian pengalaman pihak SIRIM SST Cawangan Sarawak.

1a

1aa

2a