LAWATAN LUAR NEGARA KMGS

front

Kelab Mineral dan Geosains Sarawak (KMGS) melalui unit sosial telah mengadakan aktiviti Lawatan Luar Negara untuk pertama kalinya pada 31 Ogos 2016 sehingga 5 September 2016.

Negara pilihan untuk aktiviti Lawatan Luar  Negara pertama KMGS ialah Jakarta dan Bandung di Indonesia. Objektif utama rancangan aktiviti luar negara KMGS ialah untuk memberi peluang kepada ahli serta keluarga ahli yang berminat untuk melancong ke luar negara di samping merapatkan silaturahim di kalangan ahli kelab serta keluarga ahli.

Seramai 12 orang ahli KMGS serta keluarga masing-masing telah mendaftar untuk lawatan ini sejak Disember 2015. Selain lawatan, aktiviti utama ialah membeli-belah.

Bagi menjayakan lawatan ini, ahli tiba sehari di Kuala Lumpur sebelum dan selepas lawatan ke Indonesia. Peluang ini digunakan oleh ahli serta keluarga untuk membeli-belah serta beramah-mesra.

Di antara tempat-tempat menarik yang dilawati ialah Tangkuban Prahu, Kawah Putih, Kopi Luwak Tangkuban Prahu, Strawberry farm, Cibaduyut dan sebagainya. Selain lawatan, ahli serta keluarga juga diberi peluang untuk membeli-belah di Mangga Dua, Jakarta, Pasar Baru, Cibaduyut serta pusat membeli-belah di Bandung, Indonesia.

Semoga aktiviti luar negara KMGS diteruskan dan silaturahim di kalangan ahli serta keluarga ahli KMGS dapat dieratkan. KMGS mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli yang memberikan sokongan untuk aktiviti lawatan luar negara ini.

 1 2 3 4

5

6789