MAJLIS APC DAN JASAMU DIKENANG JMG SARAWAK JUN 2022

MAJLIS APC DAN JASAMU DIKENANG JMG SARAWAK JUN 2022 KUCHING, 08 JUN 2022 – Majlis APC (Anugerah Perkhidmatan Cemerlang) dan Jasamu Dikenang JMG Sarawak telah diadakan pada 08 Jun 2022 (Rabu) di Bilik Baiduri, JMG Sarawak. Ia disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Operasi (TKP(O)) JMG Malaysia, En. Mohd Bazran bin Hj Taib. Majlis dimulakan tepat pada pukul 9.00 pagi dengan nyanyian lagu negaraku, lagu Sarawak Ibu Pertiwiku, lagu Perkhidmatan Awam dan disusuli dengan bacaan doa. Agenda majlis dimulakan dengan ucapan perutusan oleh En. Roslan Bin Rajali iaitu pegawai yang menanggung tugas Pengarah JMG Sarawak. Di dalam perutusannya, beliau mengucapkan terima kasih kepada TKP(O) serta rombongannya kerana sudi melawat ke JMG Sarawak. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada semua penerima APC 2021 dan berharap ia akan menjadi pencetus semangat untuk cemerlang pada masa hadapan. Diakhir ucapannya, beliau mengucapkan selamat bersara kepada kakitangan yang akan berpencen pada bulan ini. Sesungguhnya jasa-jasa yang ditaburkan akan dikenang sampai bila-bila. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada TKP(O). Beliau mengucapkan terima kasih di atas layanan dan sambutan oleh JMG Sarawak. Di dalam ucapannya beliau mengatakan ini adalah lawatan rasmi beliau yang pertama dan terakhir ke JMG Sarawak sebagai TKP(O) kerana akan bersara wajib pada Ogos tahun ini. Beliau turut menyimpan hasrat untuk melihat JMG terus cemerlang pada masa hadapan. Usai ucapannya, majlis diteruskan dengan penyampaian APC. Seramai Sembilan (9) orang kakitangan JMG Sarawak telah menerima APC 2021 iaitu:1. Encik Jaithish John (Timbalan Pengarah Sumber Mineral)2. Encik Japri Bin Bujang (Ketua Penolong Pengarah Kanan )3. Puan Hermawati Binti Tambeng (Penolong Pengarah Kanan )4. Encik Abang Zulkefly Bin Abang Ahmad Masuine (Penolong Pegawai Geosains)5. Encik Mohammad Nata Bin Bihim (Pembantu Geosains)6. Encik Imlan Anak Ponit (Pembantu Geosains)7. Encik Raffy Bin Paun (Pembantu Geosains)8. Encik Dinnis Anak Ringkai (Pembantu Geosains)9. Puan Vironica Serany Anak Entalang (Pembantu Tadbir Pentadbiran) Di samping itu, JMG Sarawak juga bakal kehilangan empat (4) orang kakitangan pada bulan ini, Tiga (3) daripadanya akan bersara wajib iaitu Encik Yusuf bin Bujang, Encik Shuib Bin Luwi dan Puan Sidin Poren manakala En Mohd Akif bin Dzurkornain akan bertukar ke Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA). Kesemua kakitangan ini diberikan cenderahati kenang-kenangan yang disampaikan oleh TKP(O). Akhir kata, sekalung tahniah diucapkan kepada semua penerima APC 2021. Semoga ia akan menjadi dorongan kepada kakitangan lain untuk terus meningkatkan prestasi kerja masing-masing. Untuk bakal pesara, kami doakan semoga kalian semua berbahagia disamping keluarga tercinta dan dikurniakan kesihatan yang baik.