MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN 1/2018

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN 1/2018

JMG Sarawak telah mengadakan Perhimpunan Bulanan bil. 1/2018 pada 26 Januari 2018 di Bilik Baiduri, Jabatan Mineral dan Geosains Sarawak. Perhimpunan dimulakan dengan nyanyian Lagu Kebangsaan; NegaraKu, Sarawak Ibu Pertiwiku, Lagu Perkhidmatan Awam dan Lagu JMG.  Selepas bacaan doa, Encik Sulong Enjop, Ketua Unit Geosains mewakili Pengarah memulakan majlis dengan ucapan tahun baru 2018 dan menyerukan semua warga JMG Sarawak untuk sentiasa bekerjasama dalam satu pasukan demi kecemerlangan jabatan.    

Antara perkara-perkara lain dalam perutusan yang disampaikan adalah;

  1. Ucapan Tahniah Kenaikan Pangkat (kuatkuasa 16 Jan 2018)
  2. Pelaporan Peruntukan Kewangan 2018
  3. Pelaporan Kad Perakam Waktu bulan Disember 2017
  4. Pelaporan EXINDA bulan Disember 2017
  5. Peringatan; Larangan merokok di premis kerajaan dan Etiket pakaian pejawat awam
  6. Paparan Foto-Foto Lawatan dan Aktiviti dianjurkan oleh Jabatan dan agensi luar.

Selepas perutusan Pengarah, majlis diteruskan dengan penyampaian sijil Pekerja Contoh kepada 4 orang kakitangan jabatan yang diumumkan sebagai Pekerja Contoh Suku Tahun Keempat 2017 iaitu Puan Hermawati binti Tambeng (Pegawai Geosains), Cik Nur Fatin Amiera binti Razali (Penolong Pegawai Geosains), Puan Latipah binti Marzuki (Pelukis Pelan) dan Puan Noroskasmayantinazima binti Paimi (Pembantu Tadbir Kewangan). Penyampaian sijil Pekerja Contoh telah disempurnakan oleh Encik Sulong Enjop.

Penyampaian khairat kematian oleh Kelab Mineral Dan Geosains Sarawak kepada Encik Sapawi bin Saili (Pembantu Geosains) dan Encik Aluwi bin Jamri (Pembantu Geosains) juga disempurnakan oleh Encik Sulong Enjop.  

Taklimat Penerangan Skim Simpanan dan Kesihatan Kelompok (Program Kebajikan Kakitangan Awam) anjuran CUEPACS juga diadakan dan taklimat ini telah disampaikan oleh Encik Horace Teng selaku wakil sah kepada skim CUEPACS tersebut.

1

2

3