PERHIMPUNAN BULAN JULAI 2020

PERHIMPUNAN BULAN JULAI 2020

KUCHING, 29 Julai 2020 - Perhimpunan Bulanan Julai JMG Malaysia Sarawak telah diadakan di Bilik Mesyuarat Baiduri dan dihadiri oleh seramai 71 kakitangan dengan mengamalkan SOP norma baharu.

En. Hilary Muyan Nicholas Thomas Pengarah JMG Sarawak yang baharu merakamkan ucapan ribuan terima kasih khasnya kepada semua warga JMG Sarawak dan JMG Malaysia amnya atas perlantikan ke jawatan Pengarah JMG Sarawak yang berkuatkuasa 13 Julai 2020.

Bagi memulakan perutusan beliau memohon setiap lapisan warga JMG Sarawak untuk memberi kerjasama dan sokongan dalam urusan rasmi. Beliau juga memaklumkan tentang kenaikan pangkat melibatkan Tuan Haji Nurul Huda bin Romli ke Gred C54 dan akan dipindah ke JMG Pahang sebagai Pengarah Negeri.

Selain itu, diumumkan Timbalan Pengarah Unit Perkhidmatan Makmal, Encik Wan Ibrahim bin Wan Abdul Rahman, Encik Jaithish John dilantik ke jawatan Timbalan Pengarah Sumber Mineral, Encik Rengga Gendang dilantik sebagai Ketua Aktiviti Pemetaan Geologi dan En. Mohd Azhar bin Abdullah dinaikkan pangkat ke Gred C28 dan berpindah ke Ibu Pejabat JMG Malaysia, Putrajaya. Kakitangan baharu yang diperkenalkan kepada semua warga JMG Sarawak iaitu Encik Faizal Thomas Joanes dan Encik Mohamad Firdaus bin Mohamad Ghazali. Terdapat empat orang pelajar latihan industri jurusan Petroleum Geology dari University Technology Petronas turut diperkenalkan iaitu; Cik Stephanie Andrew, Cik Hilda Hallyn Philip, Cik Nur Syafiqah bte Iskandar Zulkarnian dan Encik Edzhar Khaulani bin Jemain.

Antara intipati perutusan beliau adalah meliputi beberapa perkara seperti norma -norma baru berkaitan Covid - 19, Status Peruntukan Mengurus dan Peruntukan Pembangunan, laporan Kad Perakam Waktu dan Laporan EXINDA. Selain daripada itu, beliau mengingatkan agar pegawai mengisi borang permohonan bagi menjalankan pekerjaan luar waktu pejabat seperti perniagaan secara atas talian, membawa teksi, grab, dan lain-lain bagi menghindari dikenakan tindakan tatatertib sekiranya disabit bersalah. Beliau juga mengingatkan tentang kepentingan merancang kerja lapangan, penyediaan, pemurnian serta penghantaran laporan projek pembangunan. Gambar foto berkaitan aktiviti- aktiviti jabatan sepanjang bulan Julai juga dipaparkan untuk perkongsian.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                       Perhimpunan Bulanan Jabatan pada bulan Julai telah berjalan dengan lancar dengan penyebaran banyak maklumat yang berguna dan Pengarah mengakhiri majlis dengan ucapan Selamat Hari Raya Aidil Adha dan Selamat berhujung minggu kepada warga JMG Sarawak.

 

2

3

4