PERHIMPUNAN BULAN OKTOBER 2022 DAN AKTIVITI GOTONG-ROYONG PERDANA JMG SARAWAK

PERHIMPUNAN BULAN OKTOBER 2022 DAN AKTIVITI GOTONG-ROYONG PERDANA JMG SARAWAK KUCHING, 25 OKTOBER 2022 - Jabatan Mineral dan Geosains Sarawak telah menganjurkan Majlis Perhimpunan Bulanan secara bersemuka di Bilik Mesyuarat Baiduri dengan pematuhan SOP sedia ada. Majlis dimulakan tepat pada pukul 8.15 pagi dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Sarawak Ibu Pertiwiku, lagu Perkhidmatan Awam dan disusuli dengan bacaan doa. Majlis pada kali ini telah dianjurkan oleh Aktiviti Mineral Berlogam. Agenda majlis diteruskan dengan ucapan perutusan oleh Pengarah JMG Sarawak iaitu Encik Roslan bin Rajali. Di dalam perutusannya, beliau telah menyentuh beberapa perkara seperti status kewangan pejabat, peringatan, makluman dan pelaporan aktiviti bulanan oleh setiap unit/ aktiviti di JMG Sarawak. Selain itu, beliau juga memberi sedikit penerangan mengenai cadangan pemerkasaan JMG Sarawak baru-baru ini iaitu dengan penubuhan tiga pejabat baru di Sarawak Barat, Tengah Dan Utara. Usai ucapan Encik Roslan, majlis diteruskan dengan Taklimat Pembentangan Cadangan Kandungan Gambut Terbakar dalam Digital Info Board oleh Puan Layam Engkasan, Pegawai Teknologi Maklumat JMG Sarawak. Penceramah telah berkongsi maklumat yang ringkas dan padat mengenai digital info board serta laman intranet yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. Perhimpunan bulanan kali ini telah diadakan bersekali dengan gotong-royong perdana bulan Oktober 2022 bagi meningkatkan kualiti kebersihan dan keceriaan JMG Sarawak Semua kakitangan telah memberi bekerjasama yang baik bagi menjayakan aktiviti ini bagi. Akhir kata, perhimpunan kali telah berjalan dengan lancar dan semua kakitangan telah memberi kerjasama yang baik bagi menjayakan program yang telah dilaksanakan.