PERHIMPUNAN BULAN SEPTEMBER 2022 JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS SARAWAK

PERHIMPUNAN BULAN SEPTEMBER 2022 JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS SARAWAK KUCHING, 29 SEPTEMBER 2022 - Jabatan Mineral dan Geosains Sarawak telah menganjurkan Majlis Perhimpunan Bulanan secara bersemuka dengan mematuhi SOP sediada. Majlis dimulakan tepat pada pukul 8.15 pagi dengan nyanyian lagu negaraku, lagu Sarawak Ibu Pertiwiku, lagu Perkhidmatan Awam dan disusuli dengan bacaan doa. Majlis pada kali ini telah dianjurkan oleh Aktiviti Mineral Perindustrian. Agenda majlis diteruskan dengan ucapan perutusan oleh Pengarah JMG Sarawak iaitu Encik Roslan bin Roslan. Di dalam perutusannya, beliau telah menyentuh beberapa perkara seperti status kewangan pejabat, peringatan, makluman dan pelaporan aktiviti bulanan oleh setiap unit/ aktiviti di JMG Sarawak. Beliau turut mengingatkan Ketua Projek agar memastikan segala perbelanjaan telah diselesai sebelum penutupan akaun kerajaan pada 31 Oktober 2022. Selain itu, beliau juga memberi cadangan kepada semua kakitangan JMG Sarawak terutama pegawai projek untuk menyemak kembali Pelan Strategik JMG 2021-2025 bagi memastikan perancangan projek yang bakal dilaksanakan seiring dengan pelan tersebut dan mematuhi garis panduan visi dan misi JMG. Seterusnya di dalam ucapannya belian membangkitkan isu sikap hormat – menghormati di antara kakitangan JMG Sarawak perlu diperkukuhkan dengan lebih jitu. Sebagai contoh, kakitangan yang muda menghormati yang lebih tua dan sebaliknya. Hidup ini perlulah saling hormat-menghormati terutama sekali sesama kakitangan JMG Sarawak. Di acara penutup, warga jabatan telah diperkenalkan dengan  seorang kakitangan  yang baru bertugas iaitu Encik Gill Desmond Anak David  Pemandu Kenderaan H11. Seluruh warga JMG Sarawak mengucapkan selamat datang dan bertugas kepada beliau. Akhir kata, perhimpunan kali telah berjalan dengan lancar dan semua kakitangan telah memberi kerjasama yang baik.