PERHIMPUNAN BULANAN APRIL 2018 DAN MAJLIS PERPISAHAN/ PERPINDAHAN.

PERHIMPUNAN BULANAN APRIL 2018 DAN MAJLIS PERPISAHAN/ PERPINDAHAN.

Perhimpunan Bulanan Jabatan bagi bulan April 2018 telah diadakan pada 27 April 2018 (Jumaat) yang lepas. Majlis perhimpunan ini juga disertai dengan majlis perpisahan, perpindahan dan taklimat Pengenalan GeoWarisan.

 

En. Enggong Aji, Pengarah JMG Sarawak dalam perutusannya menyentuh beberapa perkara dan antaranya ialah Status Peruntukan Mengurus dan Peruntukan Pembangunan, Kad Perakam Waktu, Laporan EXINDA dan Tatacara Kewangan. Beliau mengingatkan agar semua pegawai sentiasa mematuhi peraturan digunapakai secara dalaman dan peka terhadap Perintah Am dan Arahan Perbendaharaan terkini. Gambar foto berkaitan kursus, pelaksanaan projek serta aktiviti-aktiviti jabatan sepanjang bulan April juga dipaparkan untuk perkongsian.

 

Sejurus tamatnya perhimpunan bulanan, majlis Perpisahan dan Perpindahan Pegawai dimulakan dan pegawai yang diraikan ialah En. Salehuddin bin Mohamad yang bakal berpindah ke Ibu Pejabat JMG Malaysia pada 2 Mei 2018. Warga JMG Malaysia Sarawak amat menghargai jasa dan sumbangan pegawai yang diraikan dan diterjemahkan dengan pemberian cenderahati yang telah disampaikan oleh Pengarah JMG Sarawak.

 

Usai Majlis Perpisahan dan Perpindahan Pegawai, Perhimpunan bulanan Jabatan diteruskan dengan taklimat khas daripada Dr. Tanot Unggah. Taklimat yang disampaikan ialah Pengenalan Geowarisan.

Perhimpunan Bulanan Jabatan pada bulan April telah berjalan dengan lancar dan penuh informasi yang berguna. Semoga perhimpunan seperti ini diteruskan dan kepada pegawai yang berpindah, JMG Sarawak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan merakamkan ucapan terima kasih kepada En. Salehuddin bin Mohammad atas sumbangan beliau kepada JMG Sarawak dan Negeri Sarawak amnya.

 

1

 

2