PERHIMPUNAN BULANAN MAC 2021

PERHIMPUNAN BULANAN MAC 2021

KUCHING, Sarawak -: Perhimpunan Bulanan Jabatan Bil. 1/ 2021 yang telah diadakan pada 26 Mac 2021 (Jumaat) dianjurkan oleh Unit Perkhidmatan Makmal. Perhimpunan ini dihadiri oleh kakitangan JMG Sarawak dengan jumlah yang sangat terhad dan pada masa yang sama tetap mengamalkan norma – norma baru. Majlis perhimpunan ini juga diadakan secara maya melalui google meet bagi yang bekerja di rumah (BDR).

Majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu NegaraKu, Sarawak Ibu PertiwiKu dan Lagu Perkhidmatan Awam. Manakala bacaan doa telah diketuai oleh En. Mohammad Aswandi bin Ariff.

En. Hilary Muyan Nicholas Thomas, Pengarah JMG Sarawak melalui perutusan beliau telah menyampaikan beberapa informasi terkini berkenaan isu semasa jabatan dan sebagainya.  Beliau juga menyentuh beberapa perkara seperti kempen pemvaksinan, Status Peruntukan Mengurus dan Peruntukan Pembangunan, Kad Perakam Waktu, Laporan EXINDA dan peringatan berkaitan penjawat awam terutamanya berkenaan polisi bekerja dari rumah (BDR). Pada masa yang sama, En. Hilary telah memperkenalkan kepada semua warga JMG beberapa kakitangan jabatan yang bakal berpindah, melapor diri dan juga beberapa orang pelajar latihan industri yang terdiri daripada para pelajar Universiti Teknologi Malaysia, UiTM Kota Samarahan. Gambar foto berkaitan aktiviti- aktiviti jabatan sepanjang bulan Februari sehingga Mac 2021 juga dipaparkan untuk perkongsian.                                                                                                                                                                                                                                Di dalam perhimpunan ini juga, majlis meraikan kakitangan yang bakal berpindah iaitu En. Mohd. Saipol Matarais telah diraikan dengan pemberian cenderahati sebagai tanda terima kasih dan kenangan. Penerimaan cenderahati telah diterima oleh Puan Yong Mei Ling selaku wakil kepada En. Mohd. Saipol yang tidak dapat hadir.

Sebelum mengakhiri majlis perhimpunan pada kali ini, acara diteruskan dengan sambutan harijadi kakitangan jabatan yang menyambut hari lahir sepanjang Januari sehingga Mac 2021. Majlis memotong kek harijadi telah disempurnakan oleh Tuan Pengarah, En. Hilary Muyan Nicholas Thomas yang juga di antara kakitangan yang menyambut hari lahir pada Januari sehingga Mac 2021.

Majlis perhimpunan diadakan secara kehadiran terhad, namun kemeriahan tetap dirasai walaupun dalam mengamalkan norma-norma baru.