PROGRAM JOM ZUMBA ANJURAN KELAB MINERAL DAN GEOSAINS SARAWAK (KMGS)

PROGRAM JOM ZUMBA ANJURAN KELAB MINERAL DAN GEOSAINS SARAWAK (KMGS)

Kelab Mineral dan Geosains (KMGS) Sarawak telah mengadakan program Zumba pada Jumaat, 2 Februari 2018. Pada zaman ini gaya hidup sihat merupakan satu keutamaan bagi semua tanpa mengira peringkat umur. Penglibatan dalam aktiviti seumpama ini akan meningkatkan tahap kesihatan supaya sentiasa cergas, bertenaga dan berupaya meningkatkan keyakinan kendiri.

Program zumba ini telah menarik minat seramai 20 orang ahli KMGS dan kakitangan jabatan.  Dua tenaga pengajar telah diundang khas daripada Move Fitness Centre, Emart Batu Kawa untuk menjayakan program ini. Program ini berlangsung selama satu jam dan dilakukan secara konsisten dan telah mendapat maklumbalas yang sangat positif. Di akhir program, Encik Mohd. Irwan bin Arif selaku Ketua Exco Unit Sukan KMGS telah menyampaikan sumbangan saguhati kepada dua tenaga pengajar terbabit sebagai tanda penghargaan Kelab Mineral Dan Geosains Sarawak kepada mereka atas bimbingan dan tunjuk ajar diberikan.

Semoga aktiviti seperti ini diteruskan dan lebih ramai lagi ahli KMGS dan kakitangan jabatan terlibat.

Tahniah kepada EXCO Unit Sukan KMGS kerana telah menganjurkan Program Jom Zumba KMGS dengan jayanya.

1

3

2

Sumber : En. Khalid bin Kasdi, Pembantu Geosains/Blogger KMGS 

                   Pn. Azlina binti Madihi, Penolong Juruukur