Technical and Project Management Capability Presentation by Zhejiang Institute of Hydrogeology and Geotechnical Engineering, China

Technical and Project Management Capability Presentation by Zhejiang Institute of Hydrogeology and Geotechnical Engineering, China

Pada 15 Disember 2017, JMG Sarawak telah menerima kunjungan daripada Zhejiang Institute of Hydrogeology and Geotechnical Engineering, China. Rombongan seramai sembilan (9) orang tersebut diketuai oleh En. Cheng Shunli selaku Ketua Timbalan Zhejiang Institute of Hydrogeology and Geotechnical Engineering, China.

Rombongan Zhejiang Institute of Hydrogeology and Geotechnical Engineering, China ini telah disambut mesra oleh En. Enggong Aji, Pengarah Mineral dan Geosains Sarawak begitu juga dengan warga JMG Sarawak.

Pakar-pakar daripada Zhejiang Institute of Hydrogeology and Geotechnical Engineering, China juga berkesempatan memberikan taklimat berkenaan Zhejiang Institute of Hydrogeology and Geotechnical Engineering serta aktiviti-aktiviti hidrogeologi dan geoteknikal yang dilaksanakan. Taklimat telah disampaikan oleh En. Pan Yongjian, En. Liang Hongguang dan En. Jia Weijiang. Taklimat dihadiri oleh seluruh warga JMG Sarawak dan mendapat maklumbalas yang amat memberangsangkan. Selain itu, rombongan berkesempatan mengadakan lawatan ke Muzium Geologi.

Semoga kunjungan ini mewujudkan hubungan dua hala yang baik di antara kedua-dua pihak pada masa hadapan.

02

03