WDXRF APPLICATION TRAINING BY RIGAKU APPLICATION SPECIALIST

WDXRF APPLICATION TRAINING BY RIGAKU APPLICATION SPECIALIST

Kuching, 21 Februari 2020  -           Unit Perkhidmatan Makmal telah mengadakan latihan Wavelength Dispersive X-Flourescence (WDXRF) Application Training pada 17 Februari 2020 sehingga 19 Februari 2020. Latihan ini telah dianjurkan oleh pihak RIGAKU Corporation Sdn. Bhd. dan tenaga pengajar adalah daripada En. Shun- Ichiro Kamakawa, Rigaku Application Specialist.

En. Shun-Ichiro Kamakawa dibantu oleh En. Hao Chih Loy dan En. Kelvin Koh daripada Ibu Pejabat Rigaku di Kuala Lumpur dan En. Tan Chang Ou dan En. Micheal daripada Rigaku Corporation Sarawak.

Latihan ini telah dihadiri oleh Ketua Unit Perkhidmatan Makmal, En. Segar Velayutham, tetamu jemputan daripada Makmal JMG Kuantan, En. Wan Ibrahim Wan Abdul Rahman dan dua Pegawai Geosains, Puan Hermawati binti Tambeng dan Cik Marina binti Mardzuki selaku pelatih.

Sepanjang 3 hari berkursus, pelatih didedahkan kepada teknik penyediaan sampel, asas perisian, hardware WDXRF, XRF method analysis, pengendalian serta penjagaan instrument.

Latihan aplikasi ini memberi peluang kepada para pelatih untuk bertukar dan berkongsi pengalaman penggunaan serta maklumat selain daripada pembelajaran instrument. Semoga latihan aplikasi sebegini diteruskan dari semasa ke semasa untuk mempertingkatkan teknik dan ilmu pengetahuan pengendali instrument.

Front

2