MAJLIS PENYERAHAN PROJEK TELAGA AIR BAWAH TANAH

MAJLIS PENYERAHAN PROJEK TELAGA AIR BAWAH TANAH

SELANGOR, 06 Oktober 2023 - Penyerahan Projek Telaga Tubewell (Air Bawah Tanah) yang siap sepenuhnya melalui Geran Komuniti Vibrant Majlis Bandaraya Subang Jaya.

Projek dgn kerjasama antara UiTM Shah Alam, Jabatan Mineral & Geosains Malaysia, Majlis Perwakilan Penduduk - MPP Zon 4 MBSJ dan RT USJ 3Four.

Projek Telaga Tubewell (Air Bawah Tanah) komuniti yang pertama seumpamanya di Malaysia di mana air telaga dikorek sedalam 300 kaki atau 100 metre melepasi batuan granite.

Projek dapat memanfaatkan Kebun Komuniti USJ 3four dan Komuniti sekitarnya.

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL. 09/2023 JMGSWP

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL. 09/2023 JMGSWP

Pada 25 September 2023, Isnin - Jabatan Mineral dan Geosains Selangor /Wilayah Persekutuan telah mengadakan MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BAGI BULAN SEPTEMBER 2023 & SESI TAKLIMAT PROGRAM KEBAJIKAN CUEPACS  iaitu penerangan SKIM Takaful CUEPACS (Skim Simpanan Dan Kesihatan Kelompok CUEPACS). Taklimat tersebut telah disampaikan oleh wakil daripada CUEPACS berkenaan manfaat 'Medikad Penjawat Awam' dan Skim 'Simpanan Dan Kesihatan Takaful'.

TEMU RAMAH BERSAMA WARTAWAN 'THE STAR'

TEMU RAMAH BERSAMA WARTAWAN 'THE STAR'

SHAH ALAM, JMGSWP, 06 September 2023 - Satu sesi temu ramah Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Selangor/Wilayah Persekutuan Encik Tuan Rusli Bin Tuan Mohamed bersama wartawan kanan 'The STAR' yang membawa tajuk 'In No Danger of Earthquake' telah diadakan bagi membincangkan faktor penyebab kejadian gempa bumi, Tsunami dan kesannya terhadap dunia khususnya Malaysia.

LAWATAN PEMERIKSAAN TEKNIKAL PENGEKSPORTAN PASIR

LAWATAN PEMERIKSAAN TEKNIKAL PENGEKSPORTAN PASIR

SELANGOR, PELABUHAN KLANG, 10 OGOS 2023 - Pemeriksaan teknikal pengeksportan pasir Syarikat Lion Mining Sdn. Bhd. dilaksanakan oleh Jabatan Mineral dan Geosains Selangor/Wilayah Persekutuan bersama pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Pejabat Tanah dan Galian Selangor di atas "mother vessel" yang terletak di perairan Pelabuhan Klang.