MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL. 02/2023 JMGSWP

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL. 02/2023 JMGSWP

SHAH ALAM, 21 Februari 2023 - Jabatan Mineral dan Geosains Selangor/Wilayah Persekutuan telah menganjurkan Majlis Perhimpunan Bulanan bagi bulan Februari Tahun 2023, bertempat di bilik Kuarza tingkat 6, Bangunan Darul Ehsan. 

Selain sesi tayangan montaj video bergambar, majlis perhimpunan kali ini juga diserikan dengan aktiviti  penyampaian hadiah untuk pemenang-pemenang pertandingan sukan Ping Pong di dalam jabatan dan diakhiri dengan Sesi Perkongsian Ilmu yang disampaikan oleh En. Muhammad Ramzanee Mohd Noh bertajuk "Bencana Geologi Tanah Runtuh Fathers Organic Farm, Batang Kali".

SESI KUNJUNGAN MESRA ROMBONGAN PENGARAH PLANMalaysia@Selangor KE JMGSWP

SESI KUNJUNGAN MESRA ROMBONGAN PENGARAH PLANMalaysia@Selangor KE JMGSWP

SHAH ALAM, 15 Februari 2023 - Pengarah PLANMalaysia@Selangor, Tuan TPr KHAIRUL BIN IBRAHIM bersama rombongan telah mengadakan sesi kunjungan mesra ke pejabat JMGSWP. Tujuan lawatan adalah untuk membincangkan halatuju pembangunan projek Gombak - Hulu Langat Geopark (GHL Geopark) yang telah mendapat pengiktirafan rasmi di peringkat kebangsaan sebagai Geopark Kebangsaan.

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL. 01/2023 JMGSWP

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL. 01/2023 JMGSWP

SHAH ALAM, 30 Januari 2023 – JMGSWP telah menganjurkan Majlis Perhimpunan Bulanan Bil. 01/2023 untuk kali pertama pertama untuk tahun 2023. Majlis dimulakan dengan bacaan doa, nyanyian lagu Negaraku, lafaz Ikrar Integriti Perkhidmatan Awam dan diikuti perutusan oleh pengarah, Yang Berusaha Encik Tuan Rusli b. Tuan Mohamed.

Untuk makluman, JMGSWP telah menerima penghargaan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia ke atas sumbangan jasa bakti dan komitmen dalam operasi mencari dan menyelamat dalam tragedy tanah runtuh Batang Kali, Selangor Darul Ehsan sempena majlis “National Conference on Mental Health & Wellbeing” yang berlangsung di Hotel Everly, Putrajaya baru ini.

Majlis kemudian diteruskan dengan tayangan montaj aktiviti bergambar jabatan dan diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah kepada warga-warga jabatan yang telah menang dalam pertandingan sukan (karom) dalam jabatan yang dianjurkan oleh Kelab Sukan & Kebajikan JMGSWP (KESUKSES).

KAJIAN GEOLOGI BENCANA TANAH RUNTUH "FATHER'S ORGANIC FARM", BATANG KALI

KAJIAN GEOLOGI BENCANA TANAH RUNTUH "FATHER'S ORGANIC FARM", BATANG KALI

Rabu, 11 Januari 2023 , Pasukan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia bersama-sama Agensi Nuklear Malaysia,Jabatan Kerja Raya Malaysia memulakan kajian komprehensif bencana Geologi tanah runtuh di Father’s Organic Farm Jalan Batang Kali-Genting Highlands.

Taklimat ringkas oleh En. Edward Muol selaku Timbalan Pengarah Geosains JMG Selangor / Wilayah Persekutuan sebelum pasukan memulakan kajian di sekitar kawasan runtuhan.

Antara kajian yang dijalankan termasuklah pemetaan Geologi, Hidrogeologi, kajian Geofizik dan kajian sub-permukaan.

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN, PERPISAHAN PEGAWAI DAN TAKLIMAT KEFAHAMAN GEOTAPAK BEKAS LOMBONG BATU ARANG

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN, PERPISAHAN PEGAWAI DAN TAKLIMAT KEFAHAMAN GEOTAPAK BEKAS LOMBONG BATU ARANG

SELANGOR, Batu Arang, 21 Disember 2022 - Jabatan Mineral dan Geosains Selangor/Wilayah Persekutuan telah mengadakan Majlis Perhimpunan bulanan dan Majlis Perpisahan Puan Marina Mansor di Dewan MPKK Batu Arang. Terima kasih diucapkan kepada Puan Marina di atas khidmat sepanjang sembilan tahun berada di JMGSWP. Semoga terus berjaya dan cemerlang di tempat baru.

Disamping itu, Jabatan juga telah mengadakan Program Taklimat Kefahaman Geotapak Bekas Lombong Batu Arang. Taklimat Kefahaman Geotapak disampaikan oleh Pengarah JMGSWP, Yang Berusaha En. Tuan Rusli bin Tuan Mohamed, Pegawai Geosains En. Rahman dan En. Wan Neqhaikal. Selain itu taklimat di geotapak juga disampaikan oleh En. Jabar selaku Wakil Persatuan Batu Arang dan juga penduduk Batu Arang. Program ini bertujuan bagi memberi maklumat kepada seluruh kakitangan JMGSWP berkenaan sejarah dan penubuhan Geotapak Bekas Lombong Batu Arang. 

Tayangan Virtual Tour 3D Model Bandar Batu Arang ditayangkan di Galeri Batu Arang. Virtual Tour 3D ini menayangkan secara gambaran keadaan Bandar Batu Arang pada awal dahulu serta menunjukkan gambaran lokasi sebenar lombong batu arang.

Lawatan ke Geotapak meliputi kawasan iaitu :

  1. Bekas Tasik Lombong
  2. Corong Udara (Airshaft)
  3. Terowong No.2
  4. Galeri Batu Arang