PROGRAM GOTONG ROYONG JMGSWP

PROGRAM GOTONG ROYONG JMGSWP

SHAH ALAM, 04 Ogos 2022  -  Satu aktiviti program gotong-royong telah berlangsung di Jabatan Mineral dan Geosains Selangor/Wilayah Persekutuan. Program dihadiri oleh sebahagian besar warga JMGSWP yang diketuai oleh Tuan Pengarah, Yang Berusaha Tuan Haji Mohd Zulkiflee bin Che Soh. 

Tujuan program gotong-royong ini diadakan adalah untuk memastikan segala peralatan dan perabut di  persekitaran ruang pejabat tingkat 6 dan 7 bersih, kemas dan tersusun di samping dapat memupuk semangat kerjasama dan mengeratkan hubungan silaturahim warga jabatan.

 

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMGSWP OGOS 2022

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMGSWP OGOS 2022

SHAH ALAM, 05 Ogos - Jabatan Mineral dan Geosains Selangor/Wilayah Persekutuan telah megadakan Majlis Perhimpunan Bulanan Bil. 08/2022. Program majlis dimulakan dengan aktiviti bacaan doa oleh Encik Mohd Syukouruddin bin Sulong, nyanyian lagu Negaraku, bacaan Ikrar Integriti Perkhidmatan Awam oleh Encik Bryien Emanuel bin Edwin Raduan dan majlis diacarakan oleh Encik Thalhah bin Akbar Khan. Aturcara diteruskan dengan ucapan daripada Pengarah, Yang Berusaha Tuan Haji Mohd Zukiflkee bin Che Soh sebelum  disusuli  tayangan montaj video aktiviti-aktiviti jabatan bagi bulan Julai tahun 2022 dan diikuti sesi penyampaian sijil penghargaan kepada warga JMGSWP yang telah menyumbang jasa dalam beberapa program jabatan. Majlis telah diakhiri dengan sesi Taklimat Sistem Perakam Waktu Elektronik.

 

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMGSWP

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMGSWP

SHAH ALAM, 01 Julai 2022 -  JMGSWP telah mengadakan Majlis Perhimpunan Bulanan Bil. 07/2022 di bilik mesyuarat Kuarza. Untuk makluman, majlis perhimpunan akan diadakan pada hari Jumaat pertama setiap bulan seperti mana yang dicadangkan oleh Yang Berusaha Pengarah JMGSWP, Tuan Haji Mohd Zulkiflee bin Che Soh. Majlis perhimpunan pada kali ini telah dipengerusikan oleh En. Nopazli bin Ramzi, bacaan doa oleh En. Mohd Hafeez bin Rusli serta lafaz Ikrar Integriti Perkhidmatan Awam oleh En. Muhammad Nur Hafiz bin Ali. 

Program majlis diteruskan dengan perutusan dan amanat yang disampaikan oleh Yang Berusaha Tuan Pengarah JMGSWP dan disusuli tayangan montaj video aktiviti-aktiviti jabatan bagi bulan Jun sebelum diakhiri dengan sesi Perkongsian Ilmu yang dikongsikan bersama oleh Timbalan Pengarah Unit Pembangunan Lombong dan Kuari, Puan Salmiah binti Nawi yang menyampaikan penerangan hasrat kerajaan untuk melestarikan "Matlamat Pembangunan Mampan Sektor Perlombongan di Malaysia".

PAMERAN JMG SEMPENA "GEOSCIENCE INDUSTRIAL WEEK (GIW) 2022" DI UNIVERSITI MALAYA

PAMERAN JMG SEMPENA "GEOSCIENCE INDUSTRIAL WEEK (GIW) 2022" DI UNIVERSITI MALAYA

KUALA LUMPUR, 04 Jun 2022 -  Jabatan Mineral dan Geosains Selangor/Wilayah Persekutuan telah terlibat dalam menjayakan acara "Geoscience Industrial Week (GIW) 2022" yang bertempat di Jabatan Geologi, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Antara program-program yang diadakan pada hari tersebut adalah pameran geologi, forum serta taklimat kerjaya dan pihak JMGSWP juga berkesempatan mengadakan pameran bagi mendedahkan fungsi dan aktiviti JMG dalam bidang geosains yang merangkumi pembangunan bidang hidrogeologi, sumber mineral dan geopark kepada pelajar-pelajar serta orang awam.

Penerangan tentang geologi disampaikan oleh En. Wan Neqhaikal b. Wan Abdul Karim dan dibantu oleh petugas yang telibat iaitu Pn. Nurul Zulaikha Akma bt. Mohd Zaki, En. Mohd Syukoruddin b. Sulong, Cik Nurulain Syafira Adira bt. Abd Razak dan Cik Nur Alya Maisarah bt. Muzafar.

Pameran yang berlangsung dari jam 10 pagi sehingga 5 petang juga  diserikan dengan sesi  kuiz  kepada pelajar-pelajar yang hadir ke gerai pameran dan hadiah diberikan kepada yang berjaya.

 

 

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMGSWP

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMGSWP

SAHAH ALAM, 03 Jun 2022 - Jabatan Mineral dan Geosains Selangor/ Wilayah Persekutuan telah menganjurkan  Majlis Perhimpunan Bulanan Bil. 06/2022 di Bilik Kuarza, Tingkat 7, Bangunan Darul Ehsan. Majlis yang bermula tepat pada pukul 9.00 pagi tersebut telah diacarakan oleh En. Mohd Fadzli bin Tajudin Noor, bacaan doa oleh En. Mohd Fauze bin Ab. Majid dan lafaz Ikrar Integriti Perkhidmatan Awam oleh En. Amir Syukri bin Jalaludin. Majlis diteruskan dengan sesi perutusan pengarah yang disampaikan oleh Yang Berusaha Pengarah JMGSWP, iaitu  Tn. Hj. Zulkiflee bin Che Soh dan diakhiri dengan tanyangan montaj video bergambar aktiviti jabatan sepanjang bulab Mei 2022.