MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMGSWP DAN PERPISAHAN PEGAWAI

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMGSWP DAN PERPISAHAN PEGAWAI

SHAH ALAM, 01 Mar 2022 - JMGSWP telah menganjurkan Majlis Perhimpunan Bulanan Bil. 03/2022 dan Perpisahan Pegawai secara hibrid bagi terus mematuhi SOP memandangkan musim Covid yang masih belum reda.

Majlis dipengerusikan oleh En. Azira b. Ramely, bacaan doa oleh En. Mohd. Fauze b. Ab. Majid dan bacaan ikrar integriti perkhidmatan awam oleh En. Ghazali b. A. Rahim. Pengarah negeri, Yang Berusaha Tn. Hj. Mohd Zulkiflee b. Che Soh telah menyampaikan perutusan beliau dan diikuti dengan tayangan montaj bergambar aktiviti jabatan dan disusuli dengan sesi perkongsian ilmu yang disampaikan oleh Timbalan Pengarah Geosains, En. Edward Muol.

Majlis Perpisahan pada kali ini adalah untuk meraikan perpisahan dua pegawai warga JMGSWP iaitu En. Mahat b. Hj. Sibon yang akan berukar ke JMG Perak serta Pn. Nur Diyana bt. Yahya yang akan bertukar ke Ibu Pejabat JMG di Putrajaya. Selamat maju jaya dan semoga terus mencipta kecemerlangan di tempat baru.

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL. 02/2022 JMGSWP

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL. 02/2022 JMGSWP

SHAH ALAM, 07 Februari 2022 - Majlis Perhimpunan Bulanan Bil. 02/2022 telah dianjurkan oleh JMGSWP secara hibrid pada kali ini atas arahan pengarah negeri bagi mematuhi SOP demi keselamatan dan kesejahteraan bersama. 

Majlis yang diacarakan oleh Pn. Zulaikha dimulakan dengan bacaan doa oleh En. Mohd Hafeez, nyanyian lagu negaraku dan ikrar integriti perkhidmatan awam oleh En. Ghazali. Pengarah negeri, Yang Berusaha Tuan Haji  Mohd Zulkiflee Che Soh telah menyampaikan perutusan sebelum disusuli tayangan montaj bergambar aktiviti jabatan dan diakhiri dengan sesi penyampaian bantuan kewangan kepada beberapa warga jabatan yang terkesan akibat banjir yang melanda negeri Selangor pada hujung tahun lepas.

MISI JMGSWP MEMBANTU MANGSA BANJIR DI TAMAN SRI NANDING, HULU LANGAT, SELANGOR

MISI JMGSWP MEMBANTU MANGSA BANJIR DI TAMAN SRI NANDING, HULU LANGAT, SELANGOR

SELANGOR, 13 Januari 2022 - Misi bantuan disertai dengan kekuatan seramai tujuh (7) orang kakitangan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Selangor/Wilayah Persekutuan dan bekerjsama dengan pasukan daripada Volunteer Malaysia @ Volunteer Avengers. Program dimulakan pada jam 10.00 pagi dengan membersihkan perkarangan luar dan longkang di sekitar Jalan Mutiara 4/1. Proses pembersihan mengambil masa selama empat (4) jam dan pada jam 4.00 petang proses pembersihan dihentikan dan semua peralatan dan fasiliti dibersihkan sebelum pulang. Semua kakitangan yang terlibat tiba di perkarangan pejabat pada jam 5.00 petang.

Disediakan oleh :
Marina binti Mansor
Penolong Pegawai Tadbir

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMGSWP BIL. 01/2022

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMGSWP BIL. 01/2022

SHAH ALAM, 10 Januari 2022 - JMGSWP telah mengadakan majlis perhimpunan bulanan pertama untuk tahun 2022 dan kehadiran warga  jabatan adalah secara fizikal pada kali ini. Majlis diacarakan oleh En. Azira Ramely, bacaan doa oleh En. Mohd Hafeez Rusli dan ikrar perkhidmatan awam oleh En. Ghazali A Rahim. Pengarah, iaitu yang berusaha Tn. Hj. Mohd Zulkiflee Che Soh telah menyampaikan amanat sempena tahun 2022 dan susuli dengan sesi suai kenal bersama Pn. Salmiah binti Nawi yang baru bertukar dari Ibu Pejabat JMG ke JMGSWP yang mana beliau akan mengisi jawatan Timbalan Pengarah Unit Pembangunan Lombong dan Kuari. 

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMGSWP BIL. 11/2021, PERPISAHAN PEGAWAI DAN PENYAMPAIAN SIJIL ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) 2020

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMGSWP BIL. 11/2021, PERPISAHAN PEGAWAI DAN PENYAMPAIAN SIJIL ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) 2020

SHAH ALAM, 29 November 2021 - JMGSWP telah melangsungkan Majlis Perhimpunan Bulanan Bil. 11/2021,  perpisahan pegawai dan penyampaian sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2020

Pada majlis yang dimulakan pada pukul 9.00 pagi itu,  ianya diacarakan oleh En. Azira bin Ramely, bacaan doa oleh En. Mohd Hafiz bin Rusli dan lafaz ikrar Integriti Perkhidmatan Awam oleh En. Mohd Fauze bin Ab. Majid. Pengarah JMGSWP, Yang Berusaha Tn. Hj. Mohd Zulkiflee bin Che Soh telah menyampaikan perutusan dan disusuli tayangan montaj bergambar aktiviti jabatan sepanjang bulan Oktober dan November 2021. Majlis diteruskan dengan sesi penyampaian sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2020 oleh pengarah kepada dua daripada tiga penerima yang hadir, iaitu En. Mohd Izhar bin Samsudin dan En. Mohd Hafeez bin Rusli. Program pada hari tersebut diakhiri dengan majlis perpisahan En. Syed bin Omar yang mana beliau akan bertukar ke Bahagian Perkhidmatan Teknikal (BPT), Ipoh, Perak pada awal bulan Januari 2022. Yang Berusaha Pengarah beserta seluruh warga jabatan merakamkan ucapan jutaan terima kasih, setinggi- tinggi penghargaan atas sumbangan beliau, selamat maju jaya dan semoga En. Syed terus cemerlang di tempat baru.