MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMGSWP BIL. 10/2021 DAN MAJLIS PERPISAHAN PEGAWAI

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMGSWP BIL. 10/2021 DAN MAJLIS PERPISAHAN PEGAWAI

SHAH ALAM, 11 Oktober 2021 - JMGSWP telah megadakan Majlis Perhimpunan Bulanan Bil. 10/2021 secara hibrid dan Majlis Perpisahan dua orang pegawai dari Unit Pembangunan Lombong dan Kuari, iaitu En. Ir. Juna Azleen b. Abdul Ghani yang akan ditukarkan ke JMG Sarawak atas kenaikan pangkat serta En. Ahmad Khuzer b. Mohamad Azmi yang telah berpindah ke JMG Kedah/Perlis/Pulau Pinang.

Majlis dimulakan tepat pada pukul 9.00 pagi, diacarakan oleh En. Azira b. Ramely, bacaan doa oleh En. Mohd Hafiz b. Rusli dan lafaz ikrar integriti perkhidmatan awam oleh En. Mohd Fauze b. Ab. Majid. Pengarah JMGSWP, Yang Berusaha Tn. Hj. Mohd Zulkiflee b. Che Soh telah menyampaikan perutusan, disusuli dengan tayangan montaj video serta gambar aktiviti jabatan sepanjang bulan September 2021 dan diakhiri dengan majlis perpisahan.

Yang Berusaha Pengarah merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada En. Juna Azleen serta En. Ahmad Khuzer atas sumbangan yang telah mereka curahkan sepanjang berkhidmatan di negeri Selangor dan mendoakan agar mereka terus cemerlang di tempat baru. Tahniah.

MAJLIS PENYERAHAN LAPORAN BENCANA GEOLOGI TANAH RUNTUH KEPADA PIHAK BERKUASA TEMPATAN NEGERI SELANGOR

MAJLIS PENYERAHAN LAPORAN BENCANA GEOLOGI TANAH RUNTUH KEPADA PIHAK BERKUASA TEMPATAN NEGERI SELANGOR

SELANGOR, 28 September 2021.  Majlis Penyerahan Laporan Bencana Geologi Tanah Runtuh Kemensah Height telah disempurnakan oleh Pengarah JMG Selangor/W. Persekutuan, Tuan Haji Mohd Zulkiflee bin Che Soh kepada pengerusi Pengurusan Bencana Daerah Gombak merangkap Pegawai Daerah Gombak, Puan Nor Azlina binti Abdul Aziz di Pejabat Daerah Gombak dan kepada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Tuan Mohd Fauzi bin Mohd Yatim di Ibu Pejabat MPAJ. Kedua-dua sesi tersebut turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah Geosains Encik Edward Muol dan Encik Syed bin Omar. Pihak JMG juga menyampaikan senaskah "Coffee Table Book" PBRC sebagai iringan.

TINDAKAN SEGERA JMG MELAKSANAKAN KAJIAN BENCAN GEOLOGI SUSULAN KEJADIAN TANAH RUNTUH DI KEMENSAH HEIGHTS, AMPANG, ULU KLANG, SELANGOR

TINDAKAN SEGERA JMG MELAKSANAKAN KAJIAN BENCAN GEOLOGI SUSULAN KEJADIAN TANAH RUNTUH DI KEMENSAH HEIGHTS, AMPANG, ULU KLANG, SELANGOR

SELANGOR, Ampang, Ulu Klang - 18 September 2021. JMG Selangor/Wilayah Persekutuan telah menjalankan pemeriksaan dan kajian teliti yang melibatkan pemetaan geologi, siasatan tanah (soil investigation), kajian air bawah tanah (hidrogeologi) serta menyediakan laporan bagi penilaian tahap keselamatan di kawasan tapak bencana kejadian tanah runtuh Kemensah Heights.

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN, PERPISAHAN PEGAWAI DAN CERAMAH SPRM

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN, PERPISAHAN PEGAWAI DAN CERAMAH SPRM

JMGSWP, 02 September 2021 (Khamis) – Jabatan telah menganjurkan Majlis Perhimpunan Bulanan bersempena dengan sambutan bulan kemerdekaan. Pada majlis yang sama juga jabatan mengambil kesempatan untuk meraikan pertukaran pegawai dan disusuli sesi ceramah daripada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).

Majlis Perhimpunan Bulanan Bil. 09/2021 secara atas talian dimulakan pada pukul 9.00 pagi telah diacarakan oleh En. Khuzer b. Azmi, bacaan doa oleh En. Muhd Hafez b. Rusli, lafaz ikrar Integrity Perkhidmatan Awam daripada En. Shah Hafizan b. Sohaimi dan nyanyian lagu Negaraku. Pengarah, yang berusaha Tuan Haji Mohd Zulkiflee menyampaikan amanat dan diikuti dengan majlis perpisahan Puan Rohana bt. Saadin yang telah dinaikkan pangkat ke Gred JA36 dan dipindahkan ke Ibu Pejabat Jabatan Ukur & Pemetaan Malaysia (JUPEM) setelah menabur bakti selama 19 tahun di JMGSWP. Perpindahan beliau diibaratkan seperti kehilangan sebutir permata berharga untuk jabatan.

Untuk menyerikan lagi majlis sambutan bulan kemerdekaan, satu sesi ceramah bertajuk “Sejauh manakah integrity penjawat awam di kala pandemik” yang telah disampaikan oleh Tuan PKPj Rudzuan b. Abd Malik, Timbalan Pengarah (Pencegahan), SPRM Negeri Selangor. Majlis secara atas talian diakhiri dengan dua tanyangan video, bertajuk “Kemerdekaan Malaysia ke-64, Kibarkan jalur Gemilang” dan lagu patriotik “Warisan”.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE- 64

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE- 64

Pengarah, bersama warga Jabatan Mineral & Geosains Selangor/W. Persekutuan mengucapkan "Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-64 kepada semua rakyat Malaysia. Kami bermohon kepadaMu ya Allah, agar membimbing kami menjadi rakyat yang mensyukuri nikmat kemerdekaan, menghargai nilai persaudaraan dan memelihara perpaduan masyarakat yang berbilang bangsa dan agama di negara ini. Ameen.