MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN, PERPISAHAN PEGAWAI DAN CERAMAH SPRM

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN, PERPISAHAN PEGAWAI DAN CERAMAH SPRM

JMGSWP, 02 September 2021 (Khamis) – Jabatan telah menganjurkan Majlis Perhimpunan Bulanan bersempena dengan sambutan bulan kemerdekaan. Pada majlis yang sama juga jabatan mengambil kesempatan untuk meraikan pertukaran pegawai dan disusuli sesi ceramah daripada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).

Majlis Perhimpunan Bulanan Bil. 09/2021 secara atas talian dimulakan pada pukul 9.00 pagi telah diacarakan oleh En. Khuzer b. Azmi, bacaan doa oleh En. Muhd Hafez b. Rusli, lafaz ikrar Integrity Perkhidmatan Awam daripada En. Shah Hafizan b. Sohaimi dan nyanyian lagu Negaraku. Pengarah, yang berusaha Tuan Haji Mohd Zulkiflee menyampaikan amanat dan diikuti dengan majlis perpisahan Puan Rohana bt. Saadin yang telah dinaikkan pangkat ke Gred JA36 dan dipindahkan ke Ibu Pejabat Jabatan Ukur & Pemetaan Malaysia (JUPEM) setelah menabur bakti selama 19 tahun di JMGSWP. Perpindahan beliau diibaratkan seperti kehilangan sebutir permata berharga untuk jabatan.

Untuk menyerikan lagi majlis sambutan bulan kemerdekaan, satu sesi ceramah bertajuk “Sejauh manakah integrity penjawat awam di kala pandemik” yang telah disampaikan oleh Tuan PKPj Rudzuan b. Abd Malik, Timbalan Pengarah (Pencegahan), SPRM Negeri Selangor. Majlis secara atas talian diakhiri dengan dua tanyangan video, bertajuk “Kemerdekaan Malaysia ke-64, Kibarkan jalur Gemilang” dan lagu patriotik “Warisan”.