PAMERAN JMG DI EXPO MAHA 2022

PAMERAN JMG DI EXPO MAHA 2022

Jabatan Mineral Geosains Selangor/Wilayah Persekutuan telah terlibat dengan pameran di Expo MAHA 2022 yang bertempat di MAEPS, Serdang, Selangor, bermula dari tarikh 04 hingga 14 Ogos 2022. Waktu pameran adalah bermula dari pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Sehubungan itu pihak JMG telah menyedia dan memasang peralatan model "Sistem Rawatan Air Tanah Ringkas, SPATR" bersama bahan-bahan mineral dan geologi yang dapat memberi penerangan dan ilmu kepada para pengunjung. Orang ramai yang hadir adalah terdiri daripada pelbagai latar belakang dan umur. Booth pameran JMG telah mendapat sambutan yang baik dan menggalakkan di sepanjang minggu EXPO MAHA 2022 yang telah diadakan.